Followers Tersayang

Isnin, 27 Julai 2009

PERGINYA PERMATA PERFILEMAN.



Waktu aku bangun tidur kelmarin jam 6 pagi, aku tengok sms yang di hantar rakan sekelas mengatakan ~Negara kita telah kehilangan permata yang bernilai Yasmin Ahmad, bersama-samalah kita menyedekahkan Al-Fatihah agar rohnya dicucuri rahmat~ Aku macam tak percaya, aku memang up date gak sebab 2 hari sebelum tu aku tengok laman web murai.com.my tempat berita terkini tu pasal Yasmin Ahmad masuk hospital sebab kena strok, tapi tak sangka plak lepas 3 hari koma dia meninggal dunia. Dia merupakan seorang pengarah yang begitu kreatif, karyanya bukan tahap picisan kalangan pengarah yang sedia ada, sering mengharumkan nama Malaysia dengan pelbagai anugerah dalam dan luar negara, seorang yang lantang dalam apa yang dimahukannya sebagai pengarah yang mendidik penonton. Thanks Yasmin Ahmad 4 all Ur good work, semoga tuhan merahmati kamu...Al-Fatihah...

Khamis, 23 Julai 2009

GADOH SATU EVOLUSI????

Tahniah Filem GADOH, first impression terhadap filem ni masa tengok poster terbayang-bayang ceta gadoh ni. Apa lah sangat yang diorang nak tayang buat aku bertanya-tanya, sebab orang bergaduh dah banyak dalam filem-filem kita. Tapi, bila aku tengok yang ni gadoh yang luarbiasa antara kaum aku jadi tertarik. Aku pernah menulis beberapa artikel di suratkhabar tentang isu perkauman malah menulis cerpen tentangnya (di reject), entah kenapa editor tu beriya-iya nak reject ceta aku yang sah-sah gempak, dan diambil cerita cinta 3 segi (ceta poyo yang penulisnya entah siapa-siapa yang aku kena buat re-edit). Hello?? Ada banyak lagi newspaper yang aku boleh pegi, engkau ingat engkau bagus sangat( eh, terlebih berani nih, mati kang kena pecat, dahlah kerja sambilan je). By the way, aku suka sangat subtext yang ingin disampaikan oleh pengarah. Tapi, kita dapat teka apa yang akan berlaku disetiap cerita tanpa berfikir, adakalanya shot agak lemah, nasib baik naratif kuat, kalau tak sah2 membosankan. Apapun aku bagi *** bintang.

Selasa, 21 Julai 2009

RTM SETARAF ASTRO DAN MEDIA PRIMA...

RTM sudah setaraf Astro dan Media Prima dalam penerbitan proram secara live. Saya bersama rakan-rakan berpeluang untuk menghadiri satu program talkshow di RTM dalam Rancangan Bualbicara Apa Kata Wanita Bersama Zamzarina pada 19/JULAI/2009 bertempat di studio Angkasapuri. Program bual bicara yang memberi banyak informasi itu mempuyai segmen yang menarik dan tidak membosankan. Di tambah pula tetamu jemputan pada hari tersebut adalah Ieda Moin dan Datin Ida (Pengasas Aura Seri). MCP yang digunakan adalah setaraf astro dan TV3 sama dengan RTM, bezanya cuma program yang dikendalikan. Selain itu, kakitangan RTM juga pandai melayan tetamu berbanding dua stesen tersebut, mereka menyediakan makan minum dan goddybag kepada penonton di studio. Kita mungkin melihat drama-drama RTM yang agak arus perdana, tetapi kita tidak melihat semangat kerja berpasukan di belakang tabir mereka. Kapitalis-kapitalis stesen tv sudah mempengaruhi kita sehingga mengaburkan mata tentang informasi tentang kehidupan berbanding hiburan kosong semata-mata. Congrats RTM, sebelum terlupa, 2 pelajar dari Fakulti kita adalah antara mereka yang terlibat dalam kerja di belakang tabir program tersebut.

Ahad, 19 Julai 2009

MAAFKAN SAYA!!!!!!

Dulu, aku tak buat komen-komen pasal shortfilm, lecturer, asyik buat penulisan syok sendiri je... lepas tu bila dapat feedback dari tuan badan, aku minta maaf secara terbuka. Kadang-kadang tu, biasalah kan wartawan-wartawan memang macam ni. Biasalah aku ni baru bertatih nak jadi wartawan, memang darah panas lagi. Malaslah nak ceta aku jadi wartawan mana, yang penting aku jadi wartawanm walaupun orang tak kenal. Once again aku MINTA MAAF ya pada sesiapa yang berkenaan.-PEACE!!!!!

Sabtu, 18 Julai 2009

SIAPA KENAL PENULIS SKRIP???

Terkilan hati saat cerita ditayangkan di pawagam mahupun di kaca televisyen tiada siapa mahu ambil peduli pahit jerih seorang PENULIS SKRIP. Ada siapa kenal penulis skrip Jangan Pandang Belakang? Congkak? PGL? Kala malam bulan mengambang? Duyung? Drama Manjalara? Nur Kasih? Matahari? Sindarela? Ku Milikmu? Bella? Kecuali Cintamu? Kasut Tumit Tinggi? Ghost? Kami? Gerak Khas?. Sekadar menyebut beberapa filem dan drama, tak siapa kenal penulis skrip filem dan drama ini, tapi semua kenal pengarahnya. Topiknya sekarang, Drama dan filem itu karya Pengarah atau Penulis Skrip?? Siapa boleh jawab??? Kita sebenarnya keliru, drama dan filem itu karya pengarah atau penulis skrip. Sebagai contoh, kalau drama dan filem itu tak best siapa yang kita kutuk?Pengarah atau Penulis skrip?? Tepuk dada tanya mata.......

Jumaat, 17 Julai 2009

BUAT SKRIP KONTROVERSI???????

Semalam masa kelas adalah seorang lecturer tu cabar kitaorang supaya buat skrip kontroversi. Terfikir gak di kepala yang cerpen Janji A.D.Y yang berlatarkan kontroversi, cerpen tu pasal gay(homoseksual). Masa nak hantar ke surat khabar cerpen tu, terfikir gak, nanti Puan Zalika tu tak marah ker?? Tak reject ker??. Gelisah dan gundah gulana gak sampai menitis-nitis peluh jantan menunggu cerpen tu publish on weekend. Tapi tak sangka hujung minggu tu, cerpen I publish, bapak semua sedara-sedara (baik yang kenal mahupun tak) call bagitau dah baca cerpen tu. Kat Sabah, surat khabar Daily Express merupakan antara yang dibeli sebab banyak karya yang disiarkan dan itu merupakan titik permulaan untuk seorang PENULIS PICISAN yng baru belajar dan tidak tahu apa itu RETORIK PENULISAN DAN LARAS BAHASA. Titik permulaan itu telah membuka lembaran baru untuk penulis seperti aku , ada jugak kekosongan untuk menjadi reporter, oleh kerana masih belajar di UiTM maka kerja-kerja itu adalah amat mencabar, apatah lagi bukan sahaja mnulis malah mencari bahan berita. Surat khabar merupakan media yang luas, apatah lagi suratkhabar Daily Express merupakan satu-satunya suratkhabar yang menyiarkan pelbagai berita dan sudah establish di mata masyarakat Sabah. Berbalik kepada skrip kontroversi tadi, pada pendapat saya, kalau berani mati buatlah, kalau tak berani mati tak yah buat, orang yang suruh tu yang kena buat dulu tengok ada ker pengarah yang nak terima skrip engkau, kalau engkau banyak duit bolehlah cakap banyak. Takpun buatlah sendiri, so SHUT UP!!!!!!! Bukan takut dilambung ombak, tapi banyak yang perlu diambilkira nak buat skrip kontroversiMengambil contoh paling dekat adalah Filem Dukun yang berinspirasikan Mona Fendy tak lulus LPF dan tak kluar2, sampai sekarang, begitu juga Filem Bukak Api yang menceritakan kehidupan sebenar Maknyah/Pondan. Saya merasa hairan, kebebasan berkarya itu dihalang di negara kita sendiri, tapi nasib baiklah Bukak Api dapat ditayangkan di luar negara, tu pun sebab pengarahnya Osman Ali berani mati. Kalu setakat kita-kita yang baru bertatih ni, tong sampah ajelah jawabnya skrip kita tu.

Khamis, 16 Julai 2009

TAHNIAH TEKA STUDENT!!!!!!!!!

Semalam telah discreeningkan 3 buah short film buah tangan pelajar Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik, UiTm Puncak Perdana Shah Alam. Antaranya adalah Nausea, Kaki Lima & Bonda. Bapak sesak macam dalam KTM studio Pancha Delima malam tu, sambutan yang sangat menerujakan. Nampaknya shortfilm pelajar TEKA berinspirasikan pengarah terkenal tanahair yang mengarahkan Sepet, Gubra, Mualaf, Mukhsin dan Talentime iaitu YASMIN AHMAD. Semua short film ini rata-ratanya telah keluar dari kepompong Arus Perdana meskipun adalah satu shortfilm yang terakhir tu macam iklan Petronas, bapak berlagak director dia, humblelah sikit. Ya, sebagai pembikin filem kita kena tegakkan `Benang Yang sememangnya Basah`. Bapak gempak shortfilm tu kalau ada slogan, bahkan ia merupakann Iklan Petronas yang released terawal before raya, nak tau tak slogannya apa ~Hargailah orang yang tersayang sebelum mereka tiada, Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin~ Congrats anyway, kalau kluar kat tv mesti gempak shortfilm Bonda tu, mengalahkan iklan yang lain, touching dia tahap dewa. Last but not least, TAHNIAH SEMUA, TEKA MEMANG BEST!!!!!!!!!!!!