Followers Tersayang

Selasa, 21 Julai 2009

RTM SETARAF ASTRO DAN MEDIA PRIMA...

RTM sudah setaraf Astro dan Media Prima dalam penerbitan proram secara live. Saya bersama rakan-rakan berpeluang untuk menghadiri satu program talkshow di RTM dalam Rancangan Bualbicara Apa Kata Wanita Bersama Zamzarina pada 19/JULAI/2009 bertempat di studio Angkasapuri. Program bual bicara yang memberi banyak informasi itu mempuyai segmen yang menarik dan tidak membosankan. Di tambah pula tetamu jemputan pada hari tersebut adalah Ieda Moin dan Datin Ida (Pengasas Aura Seri). MCP yang digunakan adalah setaraf astro dan TV3 sama dengan RTM, bezanya cuma program yang dikendalikan. Selain itu, kakitangan RTM juga pandai melayan tetamu berbanding dua stesen tersebut, mereka menyediakan makan minum dan goddybag kepada penonton di studio. Kita mungkin melihat drama-drama RTM yang agak arus perdana, tetapi kita tidak melihat semangat kerja berpasukan di belakang tabir mereka. Kapitalis-kapitalis stesen tv sudah mempengaruhi kita sehingga mengaburkan mata tentang informasi tentang kehidupan berbanding hiburan kosong semata-mata. Congrats RTM, sebelum terlupa, 2 pelajar dari Fakulti kita adalah antara mereka yang terlibat dalam kerja di belakang tabir program tersebut.

Tiada ulasan: