Followers Tersayang

Khamis, 29 Oktober 2009

Gambar-gambar Shoting MTV "AKU BUKAN SUPEMAN" Ihsan by Jemi & Alia.

Our LOVELY crew!!!! ThankJajarkan ke Tengah Q, Love U all!!!

Our Star perform!!!!!! Rock it!!

Monyoknya aku...kekeke

Budak ni memang hiperaktif!!!!

Amboi..Cikgu Ally tengah buat apa tu???

Pelakon2 MTV tengah duduk berehat. Kesian...duk kat kaki lima
Make up artis plak duk kerusi.

Amboi Pet..ala2 lelaki melayu terakhir tul...


Tengah aturkan lighting supaya nampak terang...

Kameraman bagi arahan tuk pergerakan kamera...

Tambah kapsyen
Makan tu penting...rest time...thanks Pak Halim Corner!

Sempat lagi tengok monitor....

Tengah berbincang ngan ahli konti....
monyok je muka pet..lalalalalalalala

Entah apa yang aku buat tu...

Isnin, 26 Oktober 2009

SHOOTING MTV....YANG BERJAYA!!!!!

Salam untuk semua. BTW, thanks to all my class member for UR great cooperation atas pembikinan MTV "Aku Bukan Superman" kelmarin. Kalut memang kalut, CT 112 yang tak pernah shooting atau ke lokasi shooting, memanglah agak bodoh sombong. Ingat shooting tu senang? Berhari2 tak tidur, gelisah2. Yalah, camera handling, lighting, directing, mana ada dalam subjek. Kalau tanya skrip radio ke, skrip filem ke, skrip dokumentari ke, reti la buat. Pembikinan MTV ini membuka mata saya bahawa fakulti seolah salah meletakkan subjek pembikinan MTV ini di dalam kursus untuk pelajar penulisan. Inilah rupanya cara shooting sebenar yang pelajar skrin tempuhi dari sem 2, memang amat payah sekali. Nak handle satu hal, nak shooting satu hal.
Ingatkan produk ini akan menjadi produk yang bukan hasil kerja tangan kami, tapi akhirnya thanks to my class member yang cepat sedar benda ini harus dilakukan sendiri. So, thanks Alia (camerawoman), Mimee, Dia, Yana, Jemi (Director), Jali, dan lain-lain lagi (payah nak taip reramai, bukan pilih kasih). Thanks gak kepada budak kelas lain yang datang tolong dan bagi guide (Syuk, Balak, Man, Pian, Dogo,) sbb datang tolong kitorang yang naif ni. Berkat pertolongan koranglah semuanya jadi, THANKS SANGAT-SANGAT.
Sebenarnya shooting ni berlangsung esok iaitu 27hb, tetapi kerana 'akak' fakulti yang kata ni IHSAN dia bagi kebenaran shot kat studio sbb ada exam terpaksalah d awalkan cepat. Masa tu macam petir je nak bagitau budak kelas, mana nak atur balik tempahan alat muzik dan teknikal serta makanan (macam nak mati dowh). Memang payah jadi producer ni, tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Budak kelas memang sporting, suruh angkat barang, semua datang cepat, thanks sangat2 kat U all. Hmm...panjang macam karangan lah pulak....ok ah, tu aje yang nak Pet kongsi..lotih tangan ni....banyak asignment tak siap lagi...DA!

Khamis, 8 Oktober 2009

Kasut raya aku di songlap!!!!!!

Bertarikh 29 September 2009, adalah tarikh di mana kasut raya aku disonglap atau makna lainnya dicuri, diculik, dicilok dan yang seangkatan dengannya. Apa yang menyedihkan adalah kasut raya aku tu baru saja aku pakai 3 kali. Dan ianya hilang di tempat belajar aku sendiri. Betapa terkilannya aku terhadap perkara tersebut...siapalah LAHANAT yang telah mencilok kasut tersebut. Aku bukannya nak heboh ke hapa, tapi mahu meluahkan rasa geram+marah+sakit hati aku terhadap inside tersebut. Kalaulah masa kuliah tak yah tanggal kasut mesti kasut aku selamat. Kenapalah aku tak terfikir benda tu sebelum aku masuk kelas, aku sangat2 berharap masa dapat diputar kembali.....mesti kasut aku tu selamat....Semoga tuhan tidak mengampunkan mereka yang mencuri mahupun memakan harta anak yatim seperti aku......(anak yatim sejak darjah 5). Takkanlah aku nak doakan yang orang tu dimaafkan kan? Aku bukan nabi boleh sabar2...dah 2 sem aku tak beli kasut, bila beli jadi camni, siapa tak marah kan.....Btw, aku malas nak fikir2 lagi pasal tu, aku harap orang yang curi tu berbahagialah dgn kasut aku tu....Wallahualam!!!!