Followers Tersayang

Selasa, 23 Ogos 2011

K Pop Versi Malaysia Yang Hmm....bulihlah.....

Pada beberapa minit lalu, aku blogwalking kat beberapa blog. Kemudiannya ternampaklah 
suatu entry yang aku rasa patut buat aku tertarik. Sekali tengok, perghhhh!!!! Seksanya..
Tapi aku peduli apa, mahu enjoy macamana mereka menyanyi. 
Masuk menyanyi ni, dah tentu-tentu aku nak tulis pasal artis kan? 
Ala, sudah tajuk entry tu pun wannabe...
So, Kpop Malaysia yg aku maksudkan itu adalah Max 24:7.  

Kesian juga bila tgok komen negatif kat youtube pasal mereka nih, tapi sememangnya ...
mereka hanya bersandarkan rupa sahaja berbanding kumpulan Kumpulan VIP anak didik Adam AF2 yg lebih mementingkan vokal. 


Malahan lagu mereka iaitu Lagu Sedih mendapat tempat di hati peminat
 berbanding
 pelancaran album Gadis & Bunga yg agak suam-suam kuku. 
Bukan mahu merendahkan tetapi bakat adalah paling utama untuk mendapat tempat,
 kalau tidak kutukanlah yg diterima. 
Aku kongsilah 2 vids ya, satu persembahan Kumpulan Max 24:7 di Istana Budaya baru-baru ini
 dan 
yang satu lagi persembahan Kumpulan VIP. 
Siapa lagi Kpop? 
Siapa lagi berbakat? 
Nilailah sendiri. 
Semoga mereka terus sukses dalam industri ini...
PEACE NO WAR..:)

Notakecik : Aku like je fan page dorang, saja nak tahu perkembangan...kakakaka...

KAMI BLOGGER PRIHATIN



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Blog ENCIK BEN ASHAARI ada buat entry mengenai KEMPEN KEMANUSIAAN anjuran ISLAMIC RELIEF MALAYSIA iaitu satu tabung yang ditubuhkan bagi membantu saudara muslim kita di Somalia. Klik perkataan 'Blogger Prihatin' ini untuk entry penuh.

Di bulan barakah dan mulia ini, marilah kita sama-sama menyahut kempen ini bagi membantu warga Somalia bernafas untuk sehari lagi. 
Saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai berita menyayat hati mengenai kanak-kanak di Somalia. Lebih 75000 kanak-kanak mati setiap hari dan ia bersamaan 6 minit sekali!!  Buka hati, buka minda, kita sama seperti mereka!!!

Mereka memerlukan sesuatu dari kita.

Tahukah anda apa makna gambar di atas? Kanak-kanak ini tunduk untuk menunggu kematian!!!!


UNTUK MENGHULURKAN DERMA IKHLAS, SILA KLIK LINK DI BAWAH:

(Derma boleh dilakukan secara online dan juga bank in melalui bank terpilih, sila masuk ke bahagian donation pada link di atas untuk mengetahui lebih lanjut)

JADILAH INSAN PRIHATIN, SEDIKIT MAMPU MEMBANTU, HULURKAN SUMBANGAN IKHLAS ANDA SEIKHLAS HATI