Followers Tersayang

Isnin, 26 September 2011

Suka Hati Dia Saja!!


(Saja letak poster ni, drama baru akan datang di kaca tv anda..suka tajuknya..PSIKIK!!)


SALAM SEMUA

Aku buka blog, lepas tu tinjau dashboard. Hmm..takde yang menarik, aku buka new tab, then taip novel melayu tapi watak cina. Aik, keluar pula benda ni, aku tengok dan baca sajalah. Kemudian, ada hati pula nak berkongsi dengan korang apa yg dia tulis...


**************************************************************************************
Dia kata dulu dia minat baca novel Melayu, tapi bila lama-lama dia kata watak-watak dalam novel tu imaginasi penulis sahaja, lepas tu semua watak mesti sempurna nak sempurna.
Siap dia senaraikan lagi 10 tipikal novel Melayu kita. Wah, beraninya dia! Tapi takpe, itu pendapat dia. Kenalah hormat pendapat orang lain kan.
Mari kita jenguk-jenguk apa yang dia tulis tu.

(Komen Dia)
1] Ketua Pengawas
Katanya .This is truly creepy legend dalam hidup aku. Waktu sekolah rendah dulu, dia selalu baca novel novel melayu ketua pengawas mestilah seorang lelaki yang hot. Hot yakni menjadi kegilaan. Harus satu sekolah kenal dengan ketua pengawas terbabit. Ketua pengawas pulak mesti top students yang sangat handsome. Lepas tu pandai main netball basketball. Jangan lupa, watak ketua pengawas haruslah anak orang kaya yang dimewahkan. Senang cerita, he almost perfect lah dude. Dia siap kata lagi, brani jamin lah, budak skolah rendah teruja nak masok sekolah menengah sebab bakal abang ketua pengawas tu hot sangat.
Padahal bila dia masuk sekolah menengah, dia tak kenal pun siapa ketua pengawas. Maksudnya di sini, ketua pengawas tu tak hot la kan? T_______T

(Komen Saya)
(Nampak benar menipunya, kan Ketua Pengawas pakai baju lain dari murid lain, tak tahulah kalau dia ni jenis escape perhimpunan, takpun memang tak terhingin tahu siapa pengawas sekolah dia. Kalau bab rupa, aku berani cakap, selalunya Ketua Pengawas memang hensem pun, macam model, ala, saja nak bagi imej sekolah best..role model katanya... 5 tahun aku sekolah menengah, 5 ketua pengawas tu semua lelaki yang kacak je. Tapi itu sekolah aku lah, tak tahulah sekolah lain)

(Komen Dia)
2]Super sempurna
Katanya lagi, kalau watak anak orang kaya, ya ampun, mesti super sempurna kacak dan cantiknya watak terbabit. Si gadis mesti kulit puteh melepak, si jejaka mesti rambut terpacak. Padahal ada je member aku anak orang kaya tapi muka macam tak selera nak pandang. Kalau tak sebab pakaian berjenama yang dia pakai tu, jangan harap ler ada yang nak pandang hokey.

(Komen Saya)
(Mengenai komen dia mengenai benda ni aku pun tak tahu nak jawab apa,
TAPI….
aku tengok anak orang kaya cantik je baju dia,
bab muka tu,
biasalah kadang2 ada anak orang kaya ni kacak dan cantik,
ada yang tak, itu memasing punya citer.
Kan ada novel juga yang tonjolkan watak lelaki atau wanita kaya
tapi tak cantik. ITU KAU TAK NAK PANDANG PULA???)

(Komen Dia)
3]Tulis surat letak bawah meja.
Gila kuno. Facebook sudah. Ok tak pe lah, orang dulu-dulu tak main facebook.

(Komen Saya)
(Kunolah sangat, ada juga yang amalkan surat menyurat ni.
Apa barang facebook luah cinta. Cinta Facebook bukan boleh caya,
kalau kau kenal satu sekolah takpe jugak,
kalau kes kau tak kenal,
kau main cintan cintun lepas tu ajak jumpa
dan rupanya sidia itu tak cantik dan tak kacak?
Kau rasa apa?? Oren?? Pink??)

(Komen Dia)
4]Cinta ini Penuh Pancaroba
Nak tekel bukan main payah. Bila dah dapat plak mak bapak tak suka. Bila mak bapak dah suka, dan dan seminggu sebelom kawen tu kekasih lama datang menagih janji lama. Tak lama lepas tu hero kena langgar dengan kereta, lumpuh, lepas lumpuh tu dia bawak diri, lepas tu jumpa balik selepas 10 tahun. Masing-masing menaruh harapan dan akhirnya happily ever and after. Lol.
Aku tengok sekarang bercerai tu trend, padahal kan, bercinta bukan main lama lagi nok!

(Komen Saya)
(Ek eleh, kau ingat kahwin tu senang? Itu jodohlah beb, Ada yang tempuhinya dengan baik, ada yang tak. Nasib memasing ler...Ala, kau ingat, orang semua suka ke kalau kau dgn pasangan kau bahagia, ada juga yang dengki tu,
Itu adat dunialah,
bukan ciptaan,
kata pakai facebook,
napa tak klik BERITA wei??
Tak tengok keadaan semasa ke??
Banyak macam ni la sekarang..

(Komen Dia)
5]Budak Sekolah Bercinta
Haruslah salah satu wataknya adalah ketua pelajar kan? Lepas tu nak pergi oversea untuk exchange student , tak mahu bagi tahu teman lelaki, kononnya sebab takut teman lelaki sedih, lama tu, 3 bulan pergi ke Aussie. Beb, seriyes part ni aku rasa nak buang buku tu dari Menara Kuala Lumpur ~..~"

(Komen Saya)
(Awak takde cita-cita ke belajar oversea??
Ish-ish, kenalah ada impian menggunung kalah Menara KL,
Setinggi Pokok di Gunung Kinabalu,
Tak kisahlah kalau kau nak belajar dalam negara,
tapi ini watak dia yang nak belajar oversea, 
biarlah kan??
Ke, kau nak dia belajar kat pondok??
Takpelah, ikut suka kau jelah..)

(Komen Dia)
6] Masuk Universiti Untuk Carik Laki.
Mestilah dimulakan dengan incident terlanggar di hadapan library. Konon nak tunjuk gigih belajar la kan? Lepas tu hari-hari dating kat Arked Meranti, kononnya makan bersama. Nak disedapkan cerita, si kawan baek pulak menaruh harapan kepada si teman lelaki. Di taburinya fitnah maka mereka pun clash. Menangis- nangislah si wanita terbabit sebab kononnya kehilangan dua orang insan yang paling di sayanginya. Tak lama lepas tu jumpa kekasih baru yang lebih baik dari kekasih lama. Eh jangan lupa, kekasih baru tu sebenarnya kawan baik yang dah lama menaruh harapan. keh keh keh
Asek asek cerita pasal cinta. Eh memang tujuan masuk U ni carik laki ke? 

(Komen Saya)
(Lebih banyak orang bercinta di alam universiti laa...
Kau ni pernah masuk universiti ke tak??
Ni mesti takat2 SPM yang tak lepas,
takpun PMR je.
Dekat universiti tu ada juga yang boleh dibuatkan laki, ada juga yang boleh dibuatkan bini.
Tempat ni adalah salah satu tempat juga carik jodoh,
bukanlah maksud aku, masuk universiti/kolej saja terus nak kahwin,
kenal dulu hati budi,
reunion 4 tahun selepas belajar,
mesti ada tak kahwin lagi..then bolehlah tackle
Kan bermula dari universiti/kampus gak??
Kau jangan nak menipulah
Kau takde keinginan nak bercinta?
Ish-ish tak normal tu...
Asalkan cinta dan pelajaran seiring 
kat mana-mana pun kau boleh berjaya,
Ya tak??)

(Komen Dia)
7] Awek / Jejaka Idaman Campus
Yea, gadis yang bernama Peah itulah gadis pertama yang berjaya mencairkan hati macho ku. Pabila pertama kali aku terpandang matanya, aku kaku dan terpegun. Dan pabila melihat senyumannya, ahh... hati aku cair. Peah, gadis kacukkan melayu mat salai salleh itu merupakan gadis idaman di campus....
eh cop cop. Gila kecik campus kau? ke sebenarnya campus kau kekurangan awek hot? Aku rasa UTM ni cuma untuk awek awek hot makanya tak hader istilah paling hot.

(Komen Saya)
(Dalam 5000 orang yang paling hot kat kolej kau,
pasti ada seorang yang lebih hot.
Gila kentang la ko kalau smeua hotz kan..
Budak hot dalam kampus
aku malas nak cakaplah
boleh hitung dengan jari
Kalau ada hot pun 
dah jadi milik orang lain
Ada juga gadis hot ni dekat universiti
Ke, awak pun mengaku awak hot,
Biasanyalah kan,
ini pengalaman aku,
orang yang tak hot mengaku hot,
tapi orang yg hot tak pun mengaku mereka hot,
biasa2 saja.
Ish-ish, 
p pandang cermin 50 inci awak tu cepat
Hot ker? Hat??)

(Komen Dia)
8]Cinta Tak Halal
Keh keh. Yang ni aku geli, some novel tu, penulis dia nama melayu tau. Tapi, ada je dalam novel dia tulis pasangan tu berpegangan tangan di tepi pantai dan itu adalah sangat bahagia. Kalau pasangan dah kawen tak haper lagi. Ni pasangan baru  3 jam declare. lol. Sorry, aku memang tak open dengan edisi ni.

(Komen Saya)
(Wah, macam gadis Melayu terakhir/lelaki Melayu terakhir.
Takpelah,
Yang ni aku respect opinion kau
Tapi boleh je berpegangan tangan kalau berlapik
Kalau naik gunung sesama,
tetiba pasangan kau nak tergelincir
takkan kau tak nak tolong pasangan kau,
ish-ish biarlah kau terjatuh sorang2
sebab kau tak nak pegang tangan pasanganlah kononnya.
Cakap bab-baba agama ni biartlah bertempat wei..)


(Komen Dia)
9]Cinta Cuma Untuk Si Sempurna.
Hero misti handsome, anak orang kaya,kerja engineer, businessman bla bla bla. Perempuan plak mesti jenis cantik inesen homaigod mereka bagaikan pinang di belah dua. Maksud aku, enggang sama enggang lah. Padahal kan weh, reality nye kan, mostly yang handsome tuh dapat awek tak brapa nak lawa pun. keh keh

(Komen Saya)
(Tapi ada juga pasangan yang sama cantik sama padan,
Ala, kau boleh pilih je nak baca novel cantik sama cantik
atau cantik sama si huduh
Kalau kau tak sukalah
Mana kau tahu yang mereka ni kacak dan cantik??
Pelik aku,
first time ever aku dengar
Itu kan tulisan.
Eh, kau ni mesti gila novel sebenarnya.
Nak nafi2 pulak
hahahaha..
lawak wei..)

(Komen Dia)
10] Malas dah nak type, nanti korang soh aku type cerita melayu sendiri ~..~" Bila tegur kang kata aku nak hentam kaum sendiri ye dak? =p

(Komen Saya)
(Tegur biarlah bertempat,
kalaulah ada yang baca tu penulis novel
apa perasaan dorang?
Ada kau fikir?
Lagipula,
pendapat kau kat atas ni banyak yang tak betul
Novel Melayu kita dah berubah.
Pandai-pandailah pilih.)

(Pendapat Dia)
*I'm telling you what, aku suka novel macam Hlovate. Kalau ada lagi yang macam tu bagi tau aku ok? *

(Pendapat Saya)
(Aik??? Dia kata dia tak suka novel Melayu,
tapi dia suka novel Hlovate.
Hairan aku.
Itu bukan novel Melayu ker??
Ish-ish budak ni,
Tak tetap pendirian nak bagi pendapat.
Satu lagi aku nak bagitau
novel sekarang laku juga jual
sebab belum ada cetak rompak
hanya kerana pendapat kau seorang
tak mati industri novel Melayu ni...)




p/s~Saja berkongsi dengan korang tentang pendapat budak ni, kalau ada yang terasa ADA AKU KESAH???

4 ulasan:

rafina mimi abdullah berkata...

JAWAB JE MACAM NI..'AKU PUNYA CERITA AKU PUNYA SUKALAH..!' HEHEHEHE :)

Guy Next Door (Fatrim Syah) berkata...

Kak Mimi, itulah pasal. Saja dijawab semua soalan2 yang pernah ditanya atau didedahkan ketidakpuasan hati itu..Nanti harapnya bila dia taip kat goggle artikel dia tu, hope keluarlah benda2 ni..biar dia tahu, orng yang menulis ni jerit perihnya macamana..:)

Unknown berkata...

btol 2 pett btol...
mcm dia yg t'bek plak...
over ada...

Guy Next Door (Fatrim Syah) berkata...

Itulah Nad, bak kata Mrs.Yie, AKU PUNYA CERITA, AKU PUNYA SUKALAH kan?? budak tu sebenarnya malas membaca kot, tu yang dia cakap macam2..hurmm..