Followers Tersayang

Sabtu, 29 Oktober 2011

Daku Khatam Baca Novel AWAK SUKA SAYA TAK?

SALAM SEMUA
 Alhamdulillah, dengan kasih sayang Allah, tiada yang mustahil. Daku akhirnya berjaya membaca novel ASST yang setebal 1056 mukasurat dalam masa 24 jam. Pada hari selasa lepas 25hb 10 2011 daku berasa dengki & iri hati apabila ramai di antara ahli group novel ASST telah mendapat novel masing-masing. Wawawawawa..rasa nak menangis saja, bila call post office katanya posmen cuti sakit. Hari rabu cuti Deepavali, lalu pada hari khamis bersamaan 27hb OKTOBER 2011 selepas mak balik mengajar daku mengajaknya ke post office dan mendapatkan novel ASST. Alhamdulillah, terketar-ketar tangan ini. Rasa gembira+syukur+gabra+high dan segala macam lagi....Novel Awak Suka Saya Tak? tu ada tanda tangan dan ucapan lagi dari penulis, jangan jeles yer.....ekekeke...


Review Novel Awak Suka Saya tak?

 Nampaknya tak boleh review banyak-banyak sebab ada ahli group ASST yang belum mendapat novel ini dan ada juga yang belum habis membacanya. Saya komen secara ringkas saja, atas-atas pagar punya komen. Keseluruhannya saya mula membaca dari Part 1 semula kerana ingin menghargai penulis walaupun di blog sudah disiar sehingga part 46. Tetapi berlainan di novel, Part 46 itu bermula di Part 30. 
Ok, kepada reviewnya. 

 PERTAMA :-
Novel ini tulisannya agak jarang dan sangat menyelesakan untuk dibaca berbanding novel-novel lain yang agak rapat tulisannya, maybe Karya Seni memang macam tu kot, satu pendekatan yang bagus sebenarnya. Tak juga sakit mata saya.
KEDUA :-
Cara penulisan novelis sangat meyakinkan dalam cara yang sangat santai, semua perkataan dan ejaan sangat tepat dan saya perasaan banyak juga yang diedit kembali perkataannya. Sebab dekat blog banyak perkataan singkatan, tapi dalam novel sudah diubah sedikit tapi ada juga yang kekal. Dalam banyak-banyak perkataan saya perasaan hanya satu sahaja perkataan salah iaitu menunaikan menjadi menunakan.

KETIGA :-
Banyak juga rahsia dan persoalan terungkai. Cuma ada beberapa persoalan yang ingin saya baca semula, berkaitan dengan watak-watak pembantu yang agak muncul secara tiba-tiba...Memang saya faham ada yg kata saya ni baca cepat sgt tu yg tak tahu. Tapi, saya pun seorang novelis tau, semua watak perlu seimbang kemunculannya agar pembaca dapat juga tahu siapa dan apa hubungan serta kepentingan mereka dgn watak utama...

KEEMPAT:-
Tebal betul novel ini, lenguh saya memegangnya, 1056 mukasurat tu. Kali terakhir saya membaca novel setebal ini adalah novel Akak Norhayati Ibrahim tapi tajuknya dah lupa (pinjam memanglah lupa, lain kali beli sendiri). Selalu saya membaca novel Ramlee Awang Murshid sahaja. Jarang saya mahu membeli novel lain. Tapi Novel Awak Suka Saya Tak? Telah menarik hati saya. Sebab saya suka watak Hilman yang sangat menyakitkan hati itu (opss! Takde kaitan ya..ekekeke...nanti baca novel ya!)

KELIMA:-
Jika dibaca dari awal, pasti semua akan mengkategorikan novel ini sebagai novel Islamik. Tetapi penulisnya berkeras mengenai itu. Jadi, saya kategorikan novel ini novel kasih sayang sesama manusia, kepada tuhan dan kepada binatang serta alam sekitar. Suka bab kuda...dan sedih ada bab kuda tu (baca novel baru tau, cemas saya tau!!!)

KEENAM :-
Macam main hentam je review ni, ada sampai no.6 pulak. Ok, kalau nak bintang saya boleh bagi novel ni ***** bintang. Ingat senang nak buat novel? Saya faham sangat jerit perih orang menulis ni sebab saya pun penulis, saya akan tabik orang yang pandai menulis dari saya. Lagipula, ini adalah novel yang bukan setakat cintan-cintun semata-mata, tetapi di dalamnya terkandung bermacam kata-kata nasihat dan pedoman serta panduan dalam hidup kita.
KETUJUH :-
Apa yang saya rasa lepas baca novel ni??
Saya rasa lega, gembira, happy, eh sama tu. Rasa terungkai satu persoalan, rasa bebas dari ASST. Rasa bersemangat, rasa dekat kepada tuhan yang menganugerahkan rasa cinta dan nikmat serta kuasanya. Selain menanamkan rasa tawaduk dan istiqamah dalam melakukan sesuatu. Hei!! Ini bukan novel cinta murahan tau, ini novel yang patut ada dalam simpanan anda sekiranya anda peminat novel.
KELAPAN:-
Saya suka dengan kata-kata ringkas penulis yang membuatkan saya terfikir asal usul dan setiap perkara yang saya lakukan selama ini iaitu.
-DENGAN KASIH SAYANG ALLAH, TIADA YANG MUSTAHIL-

KESEMBILAN:-
Apalagi yang perlu saya katakan. TAHNIAH PENULISNYA BUNDA MELUR JELITA. Bunda sememangnya mempunyai bakat dan anugerah menulis yang sangat baik walaupun ini percubaan Bunda. Terima kasih atas segala nasihat dan tunjuk ajar Bunda Melur Jelita selama ini kepada saya sebagai penulis in-the-making ini. E'eh review terpanjang pulak...ekekekeke...

KESEPULUH:-
Apalagi, saya nak berkempen suruh semua orang beli Novel Awak Suka Saya Tak? lah. Ini link promosinya, HARUS DAN WAJIB KLIK LINK DI BAWAH!!
PROMOSI NOVEL AWAK SUKA SAYA TAK?



p/s - Harus semua highlight biru, kan covernya biru juga. Terima Kasih kerana sudi singgah jenguk..:)

Sabtu, 8 Oktober 2011

PROMOSI NOVEL ---> Awak Suka Saya Tak?

SALAM SEMUA.

Fuh! lama sungguh tak blogging. La ni datang nak buat promosi novel baru yang akan datang di pasaran. Novel Awak Suka Saya Tak? 
Nukilan
Kak Melur Jelita
Novel terbitan Karya Seni ini boleh saya katakan antara novel-novel terbaik yang wajib milik oleh setiap pencinta novel. Novel ini bakal berada di pasaran pada 15 Oktober 2011.



SINOPSIS : 

Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.
Gambaran watak Intan Zulaikha


 Gambaran watak Hilman Yong


Bagaimana??? Menarik bukan?? Ini bukan kisah cinta biasa. Anda ingin tahu apa yang berlaku selanjutnya? Mungkinkah mereka menemui bahagia? Mungkinkah apa yang diharapkan bakal terjadi?? Ketahui dengan mendapatkan Novel Awak Suka Saya Tak?

Cara melanggan? Sila layari http://www.karyaseni.my/
RM35 [ SEMENANJUNG MALAYSIA ]
RM38 [ SABAH/SARAWAK ]



Untuk menyertai laman group Novel ASST ----> Awak Suka Saya Tak? Hilman & Intan Zulaikha.
Untuk menyertai laman Jom Tulis! --------> Jom! Tulis secara belasahan! 
Untuk membaca part novel ASST ----->http://melurjelita.com/
Untuk add penulis di Facebook -------->Melur Jelita