Followers Tersayang

Selasa, 11 Disember 2012

~ PROMOSI! PROMOSI! JUALAN HUJUNG TAHUN! MAI DAPATKAN CEPAT~



Tajuk Novel : GENG KARIPAP
ISBN : 968-967-365-141-2
Terbitan : Fajar Pakeer (FP Junior)
Mukasurat : 148 m/s
Harga : RM 12.00 (Semenanjung)
            RM 14.00 (Sabah/ Sarawak)

Pada 16 Oktober 2012 bersamaan hari Khamis. Maka terbitlah novel pertama saya berjudul GENG KARIPAP bersama penerbit FAJAR PAKEER untuk novel Pra Remaja FP Junior. Novel ini adalah cetusan saya untuk membantu perpustakaan sekolah supaya mempunyai banyak lagi buku untuk bacaan mereka. Besar azam saya kan? Takpe, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.


~Sedikit Blurb Sinopsis~

Setiap dari kita mempunyai azam, begitu juga Rania. Azam baru Rania sempena penggal baru adalah menjual karipap. Kirana dan Lisa yang diberitahu hal tersebut menganggap menjual karipap sebagai perkara yang menyusahkan. Namun begitu, itu bukan bermaksud Rania mahu berputus asa, dia meneruskan azam itu. Tanpa di sangkanya, Kirana dan Lisa turut menjual karipap sebagai tanda sokongan kepada persahabatan mereka.

Kehidupan sebagai penjual karipap bermula, dua minggu berjualan, mereka terserempak dengan geng budak nakal yang cuba mengugut mereka.  Rania cuba menentang kerana marah dengan tindakan geng nakal tersebut. Namun, semasa cuba menyerang, seorang gadis bertudung merah datang dan membantu mereka. Geng budak nakal tumpas.

Sejak itu, setiap kali mereka ditimpa masalah, gadis bertudung merah akan datang membantu. Rania, Lisa dan Kirana berdepan pelbagai dugaan, mampukah azam mereka diteruskan atau tinggal angan-angan. Siapa gadis bertudung merah yang selalu membantu mereka? Ayuh! Kenali Geng KaripapBacalah “Karipap! Karipap! Karipauntuk mendapatkan jawapannya.

 *******************
Sekiranya ingin membeli daripada saya. Harganya adalah RM 12.00 tetapi belum masuk lagi caj penghantaran. Setakat ini saya menggunakan POS DAFTAR & POS EKSPRESS untuk setiap penghantaran.


KIRAAN JUALAN ;

 RM 12.00 + RM 2.00 = RM 14.00 (POS DAFTAR) ~ SELURUH NEGARA

RM 12.00 + RM 3.00 = RM 15.00 (POS EKSPRESS) ~ SELURUH NEGARA

RM 12.00 + RM = RM (POS LAJU) ~ Semenanjung

RM 12.00 + RM = RM (POS LAJU) ~ Sabah/ Sarawak

~Kos Pos laju belum ditanyakan lagi sebab belum pernah digunakan untuk penghantaran sebab novel kecik je~


*Saya akan tanggung kos pos yang ada sen. PROMOSI HUJUNG TAHUN katanya. Tapi betterlah korang guna je pos ekspress, selain murah, cepat sampai lagi. Novel tu kecik je, berat kurang 200 gram. 2 kali saya hantar pakai pos ekspress (SABAH & SEMENANJUNG) hantar hari ni (before jam 1 pm), esoknya sudah sampai.

BERMINAT? Beritahu saja saya. Buku ini sesuai untuk bacaan semua peringkat umur. Budak seumur 7 tahun ke atas paling digalakkan (boleh mewarna sekali katanya). Apa tunggu lagi, kesian adik yang masih sekolah, anak buah kecik dan juga Adam dan Hawa anda yang minat membaca. Takkan korang je yang nak baca novel. Ingat, Membaca itu kan jambatan ilmu. Mulakanlah dari kanak-kanak lagi. ^___^


p/s ~ Promosi itu sebenarnya bukan pada harga buku. Tapi pada kos penghantaran. Patutnya kalau POS DAFTAR tu RM 3.20 kosnya, dikurangkan jadi RM 2.00. POS EKSPRESS tu digenapkan RM 3.00 dari RM 3.50. Jom Dapatkan untuk Adam dan Hawa anda, adik2 anda yang masih bersekolah dan anak-anak buah comel anda. :)

Selasa, 27 November 2012

~Bila bekas wartawan majalah masakan interview novelis. Motippp?~~


Untuk makluman, saya memang seorang bekas wartawan majalah masakan bernama THE COOK. Tak tahulah wujud lagi ke tak majalah itu, sempat berada di sana semasa menjalani praktikal. Jadi, saya gunakan bakat saya yang sedikit untuk membuat temubual dengan seorang novelis yang menulis salah satu cerpen keluaran Buku Hitam Press.
Sebab kenapa saya membuat temubual ini meskipun skop kerja saya berbeza adalah kerana beliau juga seorang yang suka upload gambar-gambar makanan sedap di laman sosial beliau. Jadi, rasanya tak salah kan kalau masuk ruangan ini.
Jadi apa sebenarnya Koleksi Cerpen 'LARI DARI SYURGA' ini? 
Maaf, perbualan kami terputus kerana karenah birokrasi.

Sila ke laman blog Cik Mellyana Sara salah seorang antara penulis Koleksi Cerpen 'Lari Dari Syurga' ini
dan 
juga laman blog Encik PUBLISHER 
untuk sebarang tempahan 
dan 
pertanyaan. 
^____^


P/s ~ Sila dapatkan novel ini secepat mungkin, ruangan temubual ini telah ditolak atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Ngeee... ^__^

Jumaat, 9 November 2012

~Novelis Melur Jelita di NLKO TV 9 hari ini~


Bunda Melur Jelita akan bersiaran di program Nasi Lemak Kopi O (NLKO) TV9 hari ini pada jam 9.25 pagi. Beliau akan membicarakan novel kedua beliau berjudul 'I LOVE YOU STUPID' dalam segmen Kaki Buku NLKO. Jangan lupa tonton. Sebuah novel yang sangat luar biasa! ^___^

Khamis, 18 Oktober 2012

Yeay! Terbit novel pertama.


  Tajuk Buku : Geng Karipap
Harga : RM 12.00 (Semenanjung)
RM 14.00 (Sabah/Sarawak)
Terbitan : Fajar Pakeer
ISBN : 978-967-365-141-2
#Baca Sinopsis Geng Karipap (KLIK)

Alhamdulillah, syukur kepada tuhan akhirnya novel pertama saya telah terbit. 
Legalah juga hati ini selepas melihat covernya yang sangat 'MERAH JAMBU' ini. 
Rasa nak tergelak pun ada. 
Rasa tak percaya pun ada dengan buah tangan sulung ini.
Ini merupakan satu permulaan buat saya. 
Excited juga bila ada buku sendiri. 
Dulu selalu lepak kedai buku 2, 3, 4... 5 jam pun pernah. 
Aku memang hantu membaca buku.
Kini, rasa macam segan silu pula nak masuk kedai buku. 
Bercerita mengenai buku ini, saya siapkan manuskripnya sudah lama.
 Saya sudah fikirkan watak ini sejak dulu lagi untuk sebuah cerpen simpanan.
Lama-lama tu sibuk belajar, sibuk dengan assignment, saya simpan saja cerpen itu sehinggalah saya tergerak hati mahu membuatnya dalam bentuk buku.
Akhirnya berhasil dan saya hantar kepada penerbit dan lulus penilaian. 
Masa tu gembira macam menang sesuatu.
Pelbagai pengalaman yang saya tempuh sepanjang mahu mempunyai sebuah buku.
Kalau ikutkan ini buku kedua saya, tapi apa boleh buat. 
Ada hikmah dibalik semuanya.
Eh! Tacing-tacing pula.
Korang jangan baca saja, 
belilah untuk adik-adik korang, anak buah korang ke.
 Insya ALLAH, 
buku ini menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) yang mudah difahami dan santai.

Untuk menempah pergi klik SINOPSIS dekat atas tu. 


P/S~ Next novel maybe bulan januari 2013. Tunggu! Eh! Jangan lupa beli yang ni tau. Terima kasih semua!

Review Novel ~ BISIK tulisan Syaihan Syafiq



Tajuk Novel : BISIK
Penulis : Syaihan Syafiq
Terbitan : FIXI (2012)
Mukasurat : 295
Harga : RM 18.90

Sinopsis Belakang Buku:
Mikael berpindah rumah selepas teman serumahnya mati terjatuh dari balkoni. Namun di pangsapuri baru, Mikael mula hilang ingatan dan didatangi BISIK hasutan yang muncul secara rawak.
Tambah mengelirukan apabila teman serumah barunya, Nazzman ialah seorang yang amat mencurigakan. Biarpun tidak mempercayainya secara penuh, Mikael melihat Nazzman sebagai orang yang mampu membantu memulihkan ingatannya.
 Mikael juga mula menjalinkan hubungan dengan Suraya, perempuan yang pernah menjadi kekasih bekas teman serumahnya. Namun apabila kejadian tragis menimpa Suraya, Mikael mengesyaki Nazzman sebagai dalang.
Apakah punca bisik-bisik yang menggangu Mikael?
Dan siapakah Nazzman yang sebenarnya?

Ulasan Aku:
BISIK, sebuah novel yang sepatutnya sudah lama aku miliki.Novel ni aku rembat semasa gi jalan-jalan dekat Kinokuniya, Suria KLCC. Nak rembat novel Suami atau Isteri sebenarnya. Tapi sayang pula kalau tak baca Bisik dulu, yang tu lambat pun takpe. Aku suka novel jenis-jenis psiko2 ni. Kalau tak caya tanya kawan blogger aku Cik Merah Jambu. Aku ni duk tanya Cik Merah Jambu banyak tentang Psikologi. Kesian dia menjawab soalan-soalan aneh aku. Dahlah aku ni sememangnya aneh dan pelik. Jangan marah ya Cik Merah Jambu.
Okey, okey balik pada review. Aku sebenarnya dah lama baca dua bab awal BISIK yang sememangnya menarik untuk dibaca di laman web FIXI. Aku suka sangat cara penulisan santai penulis masa baca 2 bab awal tu.
Sepanjang aku membaca novel ni, aku rasa momentum penulisan penulis ni dari awal sampai akhir tu memang terbaik, dia konsisten je menulis, ada-ada saja perkara kecik yang buat kita ketawa even masa tu serius seriau. Macam tak caya yang ni novel pertama beliau. Congrats Syaihan Syafiq!
BISIK mengisahkan seorang lelaki bernama Mikael yang menghidap ‘Disociative Identity Disorder’. Salah satu penyakit psikologi.
Ceritanya bergerak dengan agak sederhana. Kira pace dia tu tak terlalu laju  dan tak terlalu lambat. Sedang-sedang saja macam lagu Iwan dan Amelina tu, yang sedang-sedang saja. Ish! Ada kaitan ke?
Ada beberapa babak yang aku paling suka antaranya yang kucing-kucing tu sebab itu merupakan turning point dia jadi psychotic. Dan reveal kenapa cover tu sang kucing tu. Selain tu, novel ni menyentuh sosio para remaja masa kini. Tentang kawan-kawan baik Mikael yang tut... (tak boleh disebutkan, baca buku ya. Kira, walaupun kawan-kawan dia macam tu, tapi dia still berkawan juga. Walaupun pelik, tapi bagi aku sudah si Mikael ni pelik, sah-sahlah kawan-kawan dia pun pelik sekali. Sat, LBGT tu orang pelik ke? Ish-ish, pandai2 je aku istilah gitu. Lebih baik aku istilahkan mereka melawan normal, simple.
Lagi satu babak nak potong2 mayat tu, gila psiko! Kalau baca memula tu, macam kelakar pula nak beli kapak bagai, tapi bila baca balik, errrmmm... kalau aku ni lemah jantung, aku skip je. Hihi. Anyway, bila dah baca ending memang tak sangka. Aku pun terperangkap, ish-ish. Tahniah sekali lagi ya penulis.
Entah kenapa lah tangan aku ni malas tul nak menaip, nak review light-light je sebab aku habiskan baca novel ni kat KL Sentral masa tu, ngah2 baca tu ada makcik yang minta tolong aku tekan ATM, tu yang aku separa sedar, e’eh.. aku dah habis baca ke tak tu. Tetiba plak masuk watak makcik minta tolong tekan ATM, hmm... eh! Melalut! Sori!

Bintang : 4.79 bintang!

p/s~ Aku syorkan korang belilah novel ni, sure tak rugi.Terima Kasih!

Jumaat, 14 September 2012

Review Novel : MURTAD tulisan Hasrul Rizwan


 Tajuk Novel : MURTAD
Penulis : Hasrul Rizwan
Terbitan : FIXI (2012)
Harga : RM 19.90
Mukasurat : 323
Sinopsis belakang buku :
Adam terus menekan punat pada briefcase hitam lalu dibukanya perlahan-lahan. Adam terbelalak. Akhil terlopong. Masing-masing berganjak ke belakang.Dua pucuk pistol automatik berkilatan hitam, sekeping envelop, kunci kereta dan juga sejumlah wang tersedia di dalam beg yang terpelahang buka. Adam menutup kembali beg itu. Matanya terpejam rapat. Akhil menelan air liur.
“Kerja gila apa sebenaqnya ni… haaa??” Akhil bertanya keras.
“Ini adalah kerja untuk agamamu. Benar. Seperti yang kamu fikir dan apa yang kamu lihat sekarang.”
“Hang nak suruh kami buat apa? Bunuh orang?”
“Ya”
“Nakharrom.”
“Kamu akan diberi tugas untuk membunuh orang-orang yang MURTAD.”

Ulasan Aku:
Pertama kalinya aku mencapai kepuasan maksima dalam pembacaan novel. Aku dapat rasakan novel ini BERBEZA dari awal aku lihat cover dan sinopsisnya di wall facebook FIXI sekitar bulan jun lalu. Sejak itu, aku sering baca reviewnya yang dishare dekat wall facebook FIXI. Alhamdulillah, semasa Pesta Buku Sabah (7.09.2012) lalu, aku tekad mendapatkan novel ini selepas memegangnya meskipun masih ada 5 novel lain yang bersaing hebat untuk aku beli didepanku. Nasib baik novel ini yang aku pilih dan aku tak menyesal.
Okies! Review, review, asyik-asyik mukadimah.
Novel MURTAD ini memilih nama watak yang bagi aku sangat bertepatan. Adam dan Akhil, dua orang kembar seiras yang digambarkan sangat kacak, bermata sepet dan berwajah Thailand (kena cari hero Thailand ni kalau jadi filem). Mereka mempunyai persamaan dari segi  rupa, ketinggian, bentuk badan, fesyen rambut. Aku perasan juga, mungkin kerana nama dan gaya mereka sama, kadang-kadang sang penulis terkeliru bilamana Adam menjadi Akhil, Akhil menjadi Adam. Tapi aku tak kisah, itu kesalahan kecil je. Bagi aku pun dua-dua sama. Waima, kadang-kadang aku pun terkeliru, ekeke…
Apa yang paling aku suka, watak utama ini menggunakan bahasa Kedah sebagai bahasa percakapan mereka. AWESOME! Kedah patut bangga. Banyak perkataan yang sangat melucukan, tapi ada juga perkataan yang agak censored untuk disebutkan. Penulis sangat bijak  bermain dengan emosi pembaca, tiba-tiba serius ada pula nama Azwan Ali, baru nak terketar, ada pula nama Neelofa dan Haliza Misbun. Dan-dan ada robocop! Penulis sangat pandai menenangkan pembaca, aku tak sangka, ingatkan cara penulisannya serius gila, rupa-rupanya dari awal hingga akhir semua melucukan. Mungkin bahasa Kedah punya pasal noo…
Bila aku mula membelek novel ini aku tak expect apa-apa. Tapi aku dapat rasakan pembacaan aku mesti menarik. Mengisahkan Adam dan Akhil yang datang ke Kuala Lumpur dari Kedah, Akhil menemani abangnya Adam untuk menghadiri interview. Tapi entah kenapa Adam marah benar dan terus keluar dari ruangan interview.
Kemudiannya mereka bertembung pula dengan satu kekacauan bilamana mereka ternampak seorang gadis dikasari oleh sekumpulan lelaki samseng. Dengan jiwa yang berani, Adam menyelamatkannya. Wow! Bukan saja kacak, kuat juga macam robocop! Kakakaka.. (amboi hang). Dalam pada masa sama, seseorang memerhatikan gerak geri mereka dari jauh, orang itu mengekori mereka sehingga Adam dan Akhil pergi ke sebuah surau. Mereka berdua bermalam di sana.
Esoknya, selepas solat subuh. Dua beradik kembar itu mengambil keputusan untuk stay di KL, cari kerja, cari rumah sewa macam perantau lainnya. Iyalah, balik ke kampung pun tiada apa di sana.
Semasa Akhil mencabut sebatang rokok, dia ternampak sekeping kad dilekatkan pada plastik di belakang kotak rokok itu. Kad itu ditarik dan dibaca. Kad berwarna hitam itu ditenung, tiada alamat dan nombor telefon. Hanya tertera alamat dan sepotong kalimah dua syahadah. Akhil bertanya Adam, Adam tidak tahu dari mana dia mendapat kad tersebut tapi dia mengatakan itu mungkin kerja kosong buat mereka. Mereka terus pergi ke alamat itu dan menemui serta ditawarkan sesuatu yang benar-benar mengejutkan mereka. (RUJUK SINOPSIS).
Maka bermulalah segalanya, maka bermulalah juga perjalanan mereka, bermulalah perjalanan cinta mereka juga.
Keseluruhannya, aku suka cara penulisan penulis ini, ada banyak benda yang aku tak tahu, aku belajar, contohnya solat sunat qobliyah subuh iaitu solat sunat yang nilainya dikatakan lebih berharga walau dipertaruhkan seluruh isi dunia ke atasnya, maka ia tak menyamai apa yang ALLAH swt ganjarkan pada dua solat sunat qobliyah subuh ini pada mereka yang mengerjakannya. Aku yang tak berapa pandai bab agama ni kemudiannya maklum dan terus google. Tak sangka ada benda yang aku belajar dari sebuah novel.    
Selain itu, aku paling SALUTE cara penulisan bersahaja penulis ini, sangat-sangat bersahaja. Aku dapat rasakan penulis adalah penulis alaf baru yang membuka dimensi pembacaan baru pada anak-anak muda. Aku jadi makin sayang pada agama aku. Pertama kali aku tengok tajuk ni, memang aku pun terkejut, apa benda ni. Tapi aku tahu, harus ada yang cuba disampaikan penulis.
Maklum, gejala MURTAD kian berleluasa, baru-baru ini saja dua orang Islam di Pulau Pinang memohon menukar agama dan semuanya seolah-olah dipandang ringan saja. Belum lagi beratus atau mungkin beribu permohonan lain serta yang menyembunyikan status agama masing-masing. Seolah-olah menukar agama itu macam tukar kasut. Kadang-kadang, ramai perempuan Islam sanggup menukar agama kepada agama suami kerana ingin berkahwin dengan mereka. (Adegan dalam  Drama ‘Tanah Kubur’ di Astro Oasis itu sebagai contoh).
Sedih pula apabila agama dipermainkan, tapi kita sebagai orang Islam macam buat tak tahu saja. Main tengok, maklum dan hanya jadi perbualan tangga Mak Senah, Mak Jemah, Mak Kiah dan Janda Siah. Pelik kan?  Malahan aku pernah kenal satu budak ni masa PLKN dulu, katanya mak dia Islam, ayah dia Kristian. Terkedu aku! Seharusnya, hukuman pada orang yang MURTAD ni dikuatkuasakan! Masya ALLAH.. dunia akhir zaman. (Maaf teremo pula)
Kepada pembaca lain, tak salah kiranya kalau kita membaca sesuatu yang di luar wadah pembacaan yang selalu kita baca. Tak rugi kalau kita mencuba sesuatu yang baru, macam makanan, hari ni kita makan nasi lemak, esok makan lain pula, takkanlah nak makan nasi lemak saja kan?
Mungkin ada beberapa perkataan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak membacanya. Tapi aku rasa bila perkataan itu ditukar kepada sesuatu yang lain pun. Mesti novel ini nampak biasa-biasa saja. Ala, kita sendiri boleh fikir, takkanlah lepas baca sebuah novel saja terus jadi jahat pula. Takkan lepas baca novel kita nak rosak minda pula. Ya dak? 

BINTANG -----> 4.5 bintang

PERSOALAN??? 
Apakah Akhil dan Adam akan benar-benar berhenti memburu orang murtad? Mungkinkah ada sesuatu berlaku? Banyak kemungkinannya ni. Mungkin juga ada sambungan? 

     P/s~Tak pernah lagi aku review novel panjang gedebak macam ni dan pertama kali juga aku kena belek untuk pastikan mana satu Adam dan mana satu Akhil. OMG!! Teringat, tetiba ada pula Zombi kat novel Murtad ni. APAKAH?

Review Antologi Cerpen : KETAKUTAN terbitan Lejen Press


Tajuk Antologi Cerpen : KETAKUTAN
Terbitan : Lejen Press (2012)
Harga : RM 20.00
Mukasurat : 177
Penulis : Aisa Linglung (Pesan Lisa), Izwan Hafifi (Rose & Laila), Hasrul Rizwan (Tilam), Amal Hamsan (Paranormal), Wan Shafiq (Reborn Alya), Gaban Morka (Coro), Amirul Bozu (Teddy Bear Kuning), Ophan Bunjos (Sketsa Maya Rumah Kedai Nyonya Jun), The Best Pencil (Freedom), Nash Azly (Jipez Keripez), Shafiq Helmi (Cuak), Fikri Misti (Korban Judas), Razman (Pisang), Syahid Abdullah (Seriau Di Sebalik Pulau) & KHRLHSYM (Destinasi Terakhir).

Ulasan Aku:
Alhamdulillah, inilah pertama kali aku beli dan baca buku Lejen Press. Mungkin persepsi aku juga agak berbeza. Tapi, aku baca jelah, sudah terbeli. Lagipun aku tertarik pada Antologi Cerpen Ketakutan ni. Aku suka cover depannya. Aku baca satu persatu cerpen 15 orang penulis ni. Aku selesai baca sekejap saja, biasanya aku baca 2 kali untuk aku faham. Pembacaan pertama tu mungkin skimming, tapi tak skip, pembacaan kedua untuk menganalisis.
Keseluruhannya aku suka kepada 5 cerpen; Teddy Bear Kuning tulisan Amirul Bozu,  Korban Judas tulisan Fikri Misti, Tilam tulisan Hasrul Rizwan, Cuak tulisan Shafiq Helmi dan last sekali Freedom tulisan The Best Pencil.
Lain-lain tu bukan tidak best, tapi....
Okey-okey! Ingat 5 tu je yang best! Ada lagilah, sabarrr...
Reborn Alya tulisan Wan Shafiq, Sketsa Maya Rumah Kedai Nyonya Jun tulisan ophan Bunjos, Destinasi Terakhir tulisan KHRLHSYM dan Paranormal tulisan Amal Hamsan.
Paling unik aku rasa jatuh kepada Freedom tulisan The Best Pencil. Ingatkan apalah indah-indah bagai macam drama melankolik, di padang hijau bagai, jumpa sidia yang cantik.. rupa-rupanya!! OMG!! Menakutkannya! Teringat-ingat aku, apalagi bila aku tengok cara orang yang buat abortion. What the?!!!
Sebab cerpen Freedom ni aku rasa nak sembunyikan je novel ni bawah tanah sedalam 100 kaki. Pastu aku nak masuk dalam Filem Harry Potter jumpa Professor Dumbledore suh amik balik memori yang aku baca tu. Takmo ingat!
Kalau korang nak tahu sebab apa, belilah novel Ketakutan.
Paling seram aku rasa jatuh pada Tilam tulisan Hasrul Rizwan. Sumpah! Macam nak tidur lantai tak pakai tilam lepas habis baca! Seriau beb, serammmmmmm!
Kepada yang tak masuk senarai aku tu bukan tidak best. Best juga, cuma biasalah pembaca, expect lebih. Ala, sikit punya hal lah, tulisan korang okey. Boleh buat lebih baik next time.
Apapun. Tahniah kepada semua penulis novel Ketakutan dan penerbit Lejen Press. Antologi Ketakutan Awesome! Seolah-olah disusun dari tak berapa tak seram kepada seram gila-gila! Yang last sekali tu paling seriau, rasa macam diri sendiri pula yang disoal. Apakah? Sengaja kan nak seriaukan pembaca! Korang patut dapatkan novel Ketakutan ni, serius mengincitkan!

BINTANG : Berbintang-bintang!

P/s~ Tolong baca siang-siang. Aku rasakan cover depan yang bayang-bayang tangan merah tu macam masuk mimpi malam tadi. Gulp!

Review Novel : Perangkap Ajal tulisan Zaer Rihaz

Tajuk Novel : Perangkap Ajal
Penulis : Zaer Rihaz
Penerbit : Alaf 21 (2012)
Mukasurat : 424
Harga : RM 20.00 (Sabah/Sarawak)
RM 17.00 (Semenanjung)

Blurb sinopsis belakang novel:
J-Woks merupakan ketua penjenayah yang paling dikehendaki polis. Malangnya pihak berkuasa masih gagal mengenal pasti wajah sebenar suspek itu. Bahkan konco-konconya sendiri tidak pernah melihat ketua mereka. Kejahatan lelaki ini dan kumpulannya memporak-perandakan ibu kota Kuala Lumpur bukan mitos atau dongeng. Malah, kelicikan mereka memboloskan diri telah menjatuhkan maruah polis.
Inspektor Dzul Faqar yang ditugaskan mengetuai pasukan khas khusus untuk menangani kes ini tetap optimis. Namun penjenayah yang dikejarnya telah membuatkan nyawa keluarga dan wanita dicintainya turut terancam.Lantas komitmen kepada kerjaya sudah mula menjadi konflik peribadi.
 Dia tahu tiada antara mereka yang berpuas hati selagi salah seorangnya tidak menempah maut. Matlamat hidupnya hanya satu, membersihkan dunia ini daripada tangan-tangan durjana. J-Woks mesti ditangkap!

Ulasan aku:
Perangkap Ajal memang sesuai dengan tajuknya. Aku diam tak dapat berkata-kata sesudah tamat membaca novel ini. Memang lain daripada yang lain, memang bukan seperti filem hindustan ataupun filem barat yang mana meskipun watak utama kena tembak ke, kena bom ke atau jatuh dari tingkat 18 sekalipun tak mati tu. Novel ini lain, memang sama seperti tajuknya. Biasanya aku membeli novel thriller dari Alaf 21 ni untuk novel-novel RAM, RAM juga tidak mengakhiri sesuatu itu seperti ini. Tapi, jika tidak dibuat sebegitu, aku boleh cakap, penulisan dan tatacaranya mungkin tidak jauh beza dengan RAM. Namun, kerana bab-bab ending yang tidak tersangka-sangka itu, penilaian aku tersasar. Sang penulis mempunyai kelasnya yang tersendiri. Penulisan bermula dengan adegan aksi, aku boleh cakap apa yang ditulis seolah-olah terpapar di depan mata aku apabila membacanya. Pergerakannya sangat sinematik, seolah-olah ia satu tontontan filem aksi, aku paling salute bila ada penulis boleh buat begini. Cuma ada beberapa ayat-ayat atau perkataan yang aku rasakan sikit meleret-leret. Mungkin boleh diperbaiki pada masa akan datang, LESS IS MORE.

Al-kisah.....
Pertarungan demi pertarungan berlaku untuk memberkas J-Woks yang sangat licik. Sehinggalah babak di mana ibu dan adik Faqar berserta kekasihnya Suzzanne Lai diculik, agak sadis juga bila kumpulan penjenayah sanggup menumbuk dan membantai wanita tua (ibu Faqar) hingga lebam dan menampar-nampar adiknya sehingga muntah hijau. Apatah lagi kepada Suzanne Lai, nasib baiklah dia seorang anggota polis. Mereka bertiga ditangkap sebagai tebusan, rumah mereka pula dimusnahkan sehinggakan salah seorang jiran yang cuba membantu ditusuk dengan pedang oleh mereka, sementelah Faqar sebenarnya sedang bertarung dengan Sudin, suami kepada bekas kekasihnya yang juga orang J-Woks yang bertanggungjawab melaporkan kedatangannya ke kampung. Hampir saja Faqar menjadi mayat, nasib baiklah Faqar tangkas menembak demi mempertahan nyawanya.
Di bandar, Faqar menerima arahan demi arahan dari J-Woks untuk menyelamatkan adik dan ibunya. Namun, sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Sementara itu Azie (anggota polis juga)  berhempas pulas memberkas J-Woks berserta pasukan unit Khas yang menemui markas J-Woks. Tidak berapa lama kemudian Faqar sampai dan membantu mereka. Azie rebah terkena tembakan peluru berasid. Faqar dan Suzanne bermati-matian berlawan dengan Faqar. Sehinggalah mereka berdua lemah, J-Woks cuba membunuh Suzanne tapi Faqar mengalah dan dia sanggup berbuat apa saja asalkan Suzanne tidak dibunuh. J-Woks memberinya satu baju yang mengandungi bom dan menyuruh Faqar menggarinya di satu tiang. Faqar menyuruh Suzanne keluar menyelamatkan diri. Dan.. kenalah belilah novel Perangkap Ajal ni.
Tentang siapa J-Woks juga akan terungkai... 
Cuma yang membezakan adalah samada ia terungkai di mata Inspektor Dzul Faqar ataupun mata pembaca semata...
Bagi aku, penulis bijak menenangkan emosi pembaca. Memang selalunya penulis novel thriller akan berbuat demikian. Penulis bijak menyertakan beberapa kalimah ayat Al-Quran yang meyakinkan pembaca untuk membaca dengan tenang tapi kemudiannya dikejutkan dengan kejadian yang dahsyat terutamanya apabila J-Woks mengganas. Antara babak yang menyentuh hati apabila sebuah bangunan yang mengandungi anak yatim dibom dan menyebabkan mereka semua mati. Masih banyak kejutan-kejutan yang berlaku dalam novel ini yang tidak mungkin terlintas dalam fikiran pembaca. Ada satu perasaan aneh dalam diri seusai membacanya. Mungkin juga anda akan benar-benar rasa terkejut. Ia bukan seperti NOVEL MELAYU biasanya! 

BINTANG : 2.3 bintang