Followers Tersayang

Isnin, 18 Jun 2012

~Karyaku di blog; NOVEL MELAYU KREATIF (NMK)~



ALHAMDULILLAH. E-novel Gaun Cik Boss Tuxedo Mr Secretary sudah berada di blog Novel Melayu Kreatif (NMK) iaitu sebuah blog milik Penerbitan Kaki Novel. Rasa bersyukur sangat, sekurang-kurangnya e-novel ini melangkah setapak lagi. Sesungguhnya amat bersyukur atas sokongan pembaca. Tidak kiralah komentar mereka membina ataupun tidak yang penting ia sudah terlaksana. Asalkan jiwa ikhlas, semua boleh jadi. Aku bukanlah seorang yang puitis, jadi semua boleh dikatakan menulis dari hati, menulis apa yang cuba sampaikan saja. Alhamdulillah kalau ada yang kata okey, begitu juga sebaliknya. Kalau ada masa bolehlah korang semua singah yer baca ya.

*Klik je link kat tepi kanan ni untuk membaca--------------------------------------->


Ahad, 10 Jun 2012

Review Novel : FIKSYEN 302 Karya Ramlee Awang Murshid

Tajuk Novel : Fiksyen 302
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Terbitan : Alaf 21
Harga : RM 21.00 (Sem. Malaysia)
RM 24.00 (Sabah/Sarawak)

Blurb Sinopsis:
LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA'AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara hampir serupa. Angka 302 dilakar didahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat.
Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.
TAHUN 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikenadalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada yang dibayangkan!

*Hai, Salam Semua. Sebenarnya sudah lama nak review mengenai novel RAM yang satu ini. tapi sering saja tidak punya masa. Hari ini bila line internat yang dah laju macam supersonic, makanya aku rajinlah juga mereview. Novel ini aku dapat setelah membelinya secara online melalui Kelab RAMFC. Terima Kasih buat mereka, AMIN. Pada saat ini sebenarnya novel terbaru abang RAM juga sudah berada di tangan iaitu SUNAN MUSAFIR cuma belum habis baca. Cepat betul abang RAM menulis.
Baiklah, berbalik kepada review mengenai novel ini.
Apa yang saya dapat katakan adalah WOW!
Satu lagi karya abang RAM yang saya akan ingati. 
Penulisannya kali ini membawa kita menjejak apa sebenarnya motif pembunuhan yang dilakukan oleh empat lelaki aneh itu.
Dan siapa ZONAN 'orang tidak berwajah' yang sering disebut oleh para pembunuh itu!
Mulanya saya merasakan, Fuh! nak membaca novel ini pasti memerlukan pemikiran yang tajam. Tapi usai membacanya. Oh! Tidak. Anda cuma dikelirukan oleh Zonan dan TWIST yang tak disangka-sangka.
Bravo! Bravo!
Benar rasa percaya merupakan satu perangkap untuk novel ini.
Jangan! Jangan Percaya sesiapa apabila membaca novel ini.
Saya turut demam perkataan ini beberapa hari.
Mengenai plotnya, ia bergerak kadang-kadang pantas dan kadang perlahan membuatkan pembaca suka untuk meneruskan pembacaan. Macam menyanyi, ada naik turun irama lagu. Kalau tinggi saja, mesti pecah gegendang telinga.
Elemen-elemen seperti romantik juga diterapkan dalam novel ini. Namun! Ada namunnya yang membuatkan anda akan merujuk kepada perkataan JANGAN PERCAYA sekali lagi.
Saya nak review panjang-panjang lagi pasal penceritaannya. Tapi macam tak adil pula, better korang dapatkan dulu. 

P/s~Jangan Percaya! Jangan Percaya sesiapa ketika membaca novel ini. Awas!


Regards,
Fatrim Syah