Followers Tersayang

Ahad, 22 Julai 2012

Review Novel ~ERTI CINTA~ nukilan Camellia terbitan KARYA SENI

Novel : ERTI CINTA
Penulis : Camellia
Terbitan : KARYA SENI
Harga : RM19.00 (Semenanjung)
RM 22.00 (Sabah/ Sarawak) 
tapi aku beli RM 20 saja sebab ada diskaun di Popular Bookstore Sabah.

Review Novel:
ERTI CINTA mengisahkan Anis dan Maria yang berpindah ke rumah flat setelah tidak tahan tinggal di asrama kolej yang diibaratkan mereka sebagai 'tin sardin'. Alkisah bermula... mereka pun berpindah ke Flat Seri Mastura, bukan main seronok lagi mereka berdua apabila dapat bilik seorang satu walaupun tinggal di tingkat 7. Namun, sebaik berpindah ke flat tersebut, mereka perasaan sesuatu, flat itu semacam flat lama dan yang paling menghairankan tidak berapa ramai tinggal di flat tersebut (menjangka sudah apa yang bakal berlaku seterusnya, tapi meneruskan bacaan sebab bahasa yang digunakan penulis sangat menarik). Anis dan Maria ketemu dengan seorang lelaki kacak semasa menaiki lif dan tidak semena-mena Anis jatuh cinta pula lelaki tersebut, hampir setiap hari dia akan menunggu lelaki tersebut untuk berkenalan. Lelaki itu mengenalkan dirinya sebagai Danny dan tinggal di tingkat paling atas sekali di flat itu, iaitu tingkat 15.
Dalam pada itu, Anis dan Maria selalu membeli makanan dan minuman di kafe milik ibu Joe yang terletak di tingkat bawah flat.. Joe membantu ibunya di kedai tersebut. kehadiran Anis dan Maria di sana sebenarnya membuatkan Joe mengingati semula kenangannya bersama Zana kerana wajah Anis yang serupa kekasihnya itu. Joe cuba pula untuk merapati Anis, namun gadis yang sudah mabuk cinta dengan Danny itu tidak memandang Joe malahan sikap Joe yang terus-terusan berkata buruk mengenai Danny membuatkan Anis bertambah benci pada Joe. Namun, dalam masa sama, Maria pula terpaut pada Joe, cuma dia tidak menyatakan perasaannya itu, sebab dia tahu Joe menyukai Anis. Pelbagai perkara aneh muncul sedikit demi sedikit dan membuatkan elemen saspen muncul dan mewarnai novel ini. Anis dan Maria ditimpa sesuatu yang menakutkan dan mengetahui sesuatu yang akan memeranjatkan mereka.
Nak tahu ending novel ini kenallah beli kan. Kalau tulis dekat sini, nampak sangatlah daku membocorkan privasi novel ini. 
Berbalik kepada review, bagi aku keseluruhan perjalanan dan sorotan dalam novel ini ditulis kemas, mungkin juga kerana penulisnya sudah berpengalaman. Jarang ditemui kesalahan dan setiap kali bab berakhir, ia akan meninggalkan kesan untuk difikirkan, terkadang ada rasa marah, rasa geram dan pelbagai rasa lagi. Seolahnya penulis mahu meletakkan banyak perisa dalam novel ini, saya ada juga berbicara dengan penulis ini, dia memberitahu saya, novel ini memang ditulis pada skala yang ringan. Selaku penulis genre ini, saya faham apa yang dimaksudkan. Apapun, bagi saya ERTI CINTA sebuah novel yang boleh dibaca oleh semua orang, tidak memeningkan kepala dan berjalan sangat-sangat lancar. Tidak sabar rasanya untuk membeli lagi novel genre ini hasil tulisan penulis sama dengan Fajar Pakeer berjudul 'DATANG PADA WAKTUNYA'. Menurut penulis skala untuk novel DPW ini di peringkat pertengahan, wah. Pasti lebih mengujakan untuk diterokai. Selain daripada itu, ERTI CINTA juga mempunya kesinambungan iaitu PERCAYA PADAKU yang sudahpun disiarkan di penulisan2u.
TAHNIAH penulis, jarang penulis wanita menulis genre ini dan saya sangat meminati genre sebegini. Saya bagi 4 bintang! ^_______^


Salam Ramadhan Al-Mubarak,
Fatrim Syah.