Followers Tersayang

Ahad, 27 Januari 2013

Bekas Wartawan Majalah Masakan Tumpang Glamer Pun Nak Jadi Penulis! Motippp..!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua. Harap semuanya sihat-sihat belaka ya.Oh! Pasal tajuk tu. Ya! Anda masih ingat lagi bila saya ada temuramah seorang penulis novel LARI DARI SYURGA hari tu? Tak ingatlah tu, iyalah, siapa nak melawat blog bersawang aku ni kan. Ni link nya 'Bila bekas wartawan majalah masakan interview novelis. Motip?

Korang nak tau, oleh sebab hari tu masa aku temuramah penulis tu. Aku siap bagitau itu tugas terakhir aku dan aku takde kerja lepas tu. Dia kata penerbit dia ada projek nanti. For sure aku nak. Maka suatu hari tu, penulis tu ada contact aku. Katanya, penerbit ada projek antologi cerpen. Aku pun grablah.
DAN... aku tak sangka. Aku berjaya tersenarai. Lepas ni nampaknya kena tukar profesion jadi penulis ajelah. Paling-paling kena ketuk dengan pembaca je. Pasal Majalah Masakan tu, aku tak tau wujud ke tak lagi. Hari tu aku ke kedai tak pula aku nampak majalah tu lagi, ke dia kehilangan pekerja terbaik macam aku. Oh! Makin panjang, makin melalut pula.
Okey! Abaikan semua perkara yang AUTA tu.

Mari! Kita tengok cover sempoi buku koleksi cerpen berjudul 'UNTUK SEPARA TUHAN' ni... lawa ke tidak?


Tajuk : UNTUK SEPARA TUHAN
PENULIS : Khalil Zaini, Arif Zulkifli, Ilma Asmadi, Syaihan Syafiq, Wassim Fairuz, Siti Nazariah, Azhar Ibrahim, Fikri Misti, Nora Muharam, Ahmad Syukri, Ahmad Solihin, Raisya Nordin, Musalmah Munira, Farid Arif, Syafie Mahyani, FATRIM SYAH, Ariff Masrom, Salleh Razak, Fatin Nadhira. Fikri Harun
TERBITAN : Buku Hitam Press 
ISBN : 978-967-113-685-0
HARGA : RM 25.00 termasuk pos. Yang beli by hand maybe RM 20.00
~SINOPSIS UNTUK SEPARA TUHAN~
BOLEH jadi tanpa sedar kau dengan angkuhnya menganggap dirimu maha mengetahui - menjadikan kau manusia separa tuhan - menjatuhkan hukum benar dan wujud hanya pada apa yang kau LIHAT dan TAHU. Sedang selainnya semata-mata tipu dan plasu. Sedarlah kau tidak diciptakan tuhan yang separa dirimu itu dengan satu mata di hadapan dan satu lagi di belakang untuk melihat seluruhnya, bahkan akal pemberiannya yang membezakan kau dengan binatang itu juga punya daerah terlarang!
Buku ini bakal dilancarkan pada 3.FEBUARI.2013 di Pesta Buku 1 Malaysia kat PWTC nanti. Sodih aku tak dapat datang. Sebabnya aku ngah berhanimun kat Sabah ni ha. 
Nak tengok cara tempahan, boleh ke blog publisher BUKU HITAM PRESS
p/s ~Serius, aku bersyukur sangat sebab tersenarai antara 20 ni. Semoga kepada sesiapa yan membeli buku ini berpuas hati dengan tulisan aku yang biasa-biasa itu. Tapi aku JAMIN yang lain-lain punya tulisan tu pasti hebat!!!!!

Jumaat, 18 Januari 2013

Review Novel : Lelaki Versi Dia -Aireen Aryana (Kaki Novel)



Tajuk Buku : Lelaki Versi Dia
Tulisan : Aireen Aryana
Terbitan : Kaki Novel
Jumlah Mukasurat : 415 ms
Harga : RM 19.00 (Semenanjung)
RM 22.00 (Sabah/Sarawak)
*Daftar sebagai ahli KN, dapat diskaun RM 4 & penghantaran percuma.

Sinopsis Novel LELAKI VERSI DIA;
Lelaki itu hilang ingatan semasa berada di luar negara dan menjadi anak muda yang liar.

Sebagai seorang ibu, Zita terpaksa menipu Wan Aakif dengan menyatakan bahawa anaknya itu telah pun bertunang untuk membawa Wan Aakif pulang ke tanah air.

“I dengar kita dah bertunang dekat enam tahun. For sure dalam masa terdekat ni kita kena kahwin.”

“What?! Are you kidding?”

Penolakan demi penolakan daripada Arwin Raisha sedangkan Wan Aakif benar-benar jatuh cinta membuat Wan Aakif nekad untuk kembali mengingati kisah silamnya. Adakah kisah silam itu mampu menyatukan mereka? Dan adakah Arwin Raisha masih tegar untuk tidak mempeduli Wan Aakif sedangkan dari dulu hati wanitanya sering menyeru nama lelaki itu? Lelaki versi dia, membuat Arwin Raisha pening kepala.

“Wan, kalau awak nak saya anggap awak sebagai tunang saya, awak nak saya jatuh cinta pada awak, awak janji. Lepas awak dapat balik ingatan awak, awak janji tak tinggalkan saya. Boleh tak?” ~ Arwin Raisha.

Review Aku;
Alhamdulillah, selesai juga pembacaan novel Lelaki Versi Dia (LVD) yang sangat comel ini. Ini pertama kali saya membaca karya Aireen Aryana atau dikenali dengan nama Rinsya Chasiani. Sebelumnya saya belum pernah membaca karya beliau di blog.

 Secara keseluruhannya jika diikutkan saya tak puas membaca kisah Wan dan Win ini. Namun, perlu diakui walaupun ia mungkin dikategorikan nipis tetapi masih tetap sebuah karya yang menarik. Penulis memilih untuk menulis novel ini dalam cara santai tetapi sangat menyeronokkan.

Pada awal pembacaan bab pertama sebenarnya saya kurang faham siapa yang sedang bercakap dalam dialog. Ini mungkin kerana di awal ini nama watak ditulis panjang tetapi dalam dialog menggunakan panggilan Wan dan Win. Apapun, ia bukanlah masalah, baca ajelah sekali lagi kalau kurang tangkap kan. Memang lucu juga membacanya, iyalah, kecik-kecik lagi dah pandai admire orang. Amboi! 
Mengisahkan Win yang menyukai Wan dalam diam tapi Wan tak pernah layan, lelaki itu bersikap dingin kepadanya. Kesian juga Win, tapi apa boleh buat, cinta budak-budak, lagipula make sense lah kot Wan tak nak layan. Sehinggalah Wan menyambung pengajian di luar negara mereka terpisah, Win agak sedih tetapi apabila meningkat dewasa Win mulai mendidik hatinya untuk melupakan Wan.
Sehinggalah suatu hari Abang Izz iaitu abang kepada Win memberitahu yang Wan akan balik ke Malaysia dan akan ditunangkan dengannya. Tapi masa itu, Win masih belum percaya. Sehinggalah Auntie Zita iaitu ibu kepada Wan Aakif meminta pertolongannya bagi memulihkan anaknya yang hilang ingatan, dia juga menceritakan apa yang terjadi pada Wan serta betapa Wan jauh terpesong daripada landasan agama.
Win menganggap itu kerja gila dan dia tidak mahu membantu. Tapi setelah dipujuk oleh seorang yang bernama ibu yakni ibu Wan Aakif. Win akhirnya bersetuju. Dalam pada masa sama, Wan pula mulai berubah, dia mengikut semua kehendak Win. Malah, hari demi hari sayang itu ditunjukkan kepada Win. Win merasa terkejut, manakan tidak, dulu dia yang terkejar-kejar Wan sampai sanggup sekolah di tempat sama dengan Wan, malah menghantar banyak hadiah kepada lelaki itu. Kini, Wan pula yang umpama terkejar-kejar. Hubungan mereka makin akrab, Win pula merasakan Wan benar-benar sayang kepadanya.
Hinggalah....
Semasa majlis pernikahan mahu dilangsungkan. Wan mengambil keputusan untuk balik ke US. Win hilang punca, dia cuba mencari Wan secepatnya dan minta penjelasan, akhirnya dia menemui Wan di airport.
Wan akhirnya memberitahu dia sebenarnya sudah pulih ingatan. Win terkejut, tapi dia juga punya maruah, dia menahan Wan dan meminta dia menikahinya. Dan apa yang terjadi? 

Kenalah dapatkan novel ni.
Bagi yang mahu membaca sebuah novel santai dan mahu gelak sambil membaca hingga pecah perut, silalah dapatkan LVD. Novel yang boleh menghilangkan stress anda walaupun masa tu anda sedang sakit hati. 

Pengajarannya, kalau kita suka seseorang tu, sukalah dengan ala kadarnya saja, mungkin orang yang kita suka tu sukakan kita juga, tapi dia tak mahu tunjuk. Selain itu, janganlah cepat membuat penilaian, apa yang dinampak tidak semestinya benar, siasat dulu kebenarannya sebelum timbulnya fitnah. Samalah macam kita di dunia ni, baru pandang sekali je dah fikir macam2.. alangkah baiknya kalau sesama kita tak ada buruk sangka. Insya ALLAH...

Tahniah Rinsya, tahniah! Tahniah! Tahniah! Jika ada karya kedua dia, pasti aku beli!

Perkataan aku suka dalam novel ni ;

Masalahnya Wan Aakif versi tunang aku adalah lelaki yang hilang ingatan. Apa  penyakit tu? Anaemia? Anastasia? Ke.. animalia? Aku bukan budak sains, okey!

Bintang – 4 bintang

p/s ; Aku dulu pun ada juga minat dekat seseorang ni, tapi Tuhan lebih sayangkan dia. Moga dia tenang di sana. Al-Fatihah...

Review Novel : MENTAL - Shaz Johar (Buku Fixi)




Tajuk Buku : Mental
Tulisan : Shaz Johar
Terbitan : Buku FIXI
Jumlah Mukasurat : 299 ms
Harga : RM 19.90

Sinopsis Novel MENTAL:-
Bagi Maya, menjadi orang gaji di dalam rumah teres dua tingkat itu ibarat menyelia sebuah institusi mental. Tuan Jin menduakan isterinya. Puan Sierra mengharungi tekanan perasaan. Rashid bencikan anggota badannya sendiri, dan Rania seolah-olah cuba menjadi murtad!
Mereka semua gila. Mereka semua punya cerita.
Tetapi kehidupan Maya berubah apabila dia dikejutkan dengan nama Raudhah. Dia jadi bingung dan terganggu. Siapakah wanita itu? Apakah kaitan wanita itu dengan dirinya? Dan mengapa nama itu mempunyai satu cerita yang sukar untuk dia ungkaikan?
MENTAL mengisahkan tentang pencarian. Mencari sesuatu yang jelas di depan mata, mencari sesuatu yang bakal diberitahu, dan mencari sesuatu yang cuba dihindar.

Review Aku ;
Jujurnya aku suka dengan tajuk, cover dan sinopsisnya. Aku tak pernah nak mahu mendapatkan novel Shaz Johar sebelum ni. Entah, aku sendiri tak pasti, mungkin sebab review atau bintang dua novel dia sebelum ni di goodreads kot. Atau aku memang memilih dalam membaca padahal dia ni antara penulis Fixi yang mesra peminat (akulah tu). Sudah, abaikan celoteh aku yang tak punya isi itu.
MENTAL! Ini novel pertama Buku Fixi yang aku beli direct dari penulis untuk dapatkan tandatangan okey. Yang FIRST untuk novel Fixi ada sign. Oh! Patut aku minta cop tapak kaki Miss Snow White sebagai cenderahati, entah, aku pun tak tau masa tu kenapa aku tak minta. Tapi aku dapat rasakan yang Miss Snow White mesti ada landing  atas buku aku ni, Eh! Okey, melalut lagi. Maaf. Review ni... nyata aku kerasukan Mental!

Aku tak tahu kenapa aku baca buku ni lambat sangat. Dari rumah sambil guling2 ala-ala filem hindustan, novel ini aku bawa ke pantai di tepi batu-batuan sambil tengok ombak beralun-alun, lepas tu ke keretapi yang bergerak sambil menikmati pemandangan matahari terbenam dan.. masih tak habis BACA!
Pagi tadi, bangun aje dari tidur. Aku terus baca novel Mental ni sebab nak buat review hari ni. MESTI! Sebab apa? Ada banyak novel FIXI nak baca ni nok! Kebetulan memang semalam aku letak novel ni sebelah aku seolah-olah sama nak tidur dengan aku. Eh! Buku Mental, kau perkosa aku ke malam tadi ke?
Hmm.. abaikan!
Sambil baring tu, aku baca satu demi satu helaian, separuh juga nak baca lagi. Masa tu sampai bab yang Rashid ugut Maya entah untuk kali ke berapa ntah untuk potongkan tangan dia dengan kapak. Mental aku baca! Nasib baiklah aku still dapat ikut lagi flow cerita ni. Ala.. bukannya aku kena mengira matematik algebra pun sampai nak ingat formula.
Aku still sesak nafas baca 5 bab pertama dengan adegan-adegan tutup mata itu dulu. Aku teruskan baca dan baca. Ada lagi tinggal dalam 20 helai nak ending. Aku baru sedar, aku langsung tak dapat teka apa sebenarnya yang berlaku. Choi!
Aku tengah kena tipu ke apa? Ada aku tertinggal mana-mana bab sebab aku belum cuci muka ke? Takde rasanya... aku sambung baca yang masa si Maya tu dalam wad mental. Lepas tu Rania datang sapa dia bagitau dorang orang gila. Aku suspeklah memula tu, yang Tuan Jin, Puan Sierra, Rashid, Rania dan sekali dengan si Maya ni penghuni wad Mental, tajuknya pun Mental kan. Aku anggap, senang bebenor idea Shaz Johar ni, tengoklah ending.. sure betul ni, desisku dalam hati.
APAKAH?!!
Sampai 5 helai kertas terakhir barulah semuanya terbongkar! Sah! Sah tekaan aku meleset! Dan aku boleh katakan, adegan-adegan tutup mata awal antara Tuan Jin dan Maya tu tak haram! Aku simpulkan, orang yang membaca dan anggap adegan itu menyimpanglah yang Mental (termasuk aku!). Endingnya yang tak disangka-sangka! Serius! Mental betul aku baca ending tu!!!

Shaz Johar! Bravo! Bravo! Kau telah mementalkan aku! DAN, aku rasa akulah orang PALING RUGI sebab baca buku ni lambat. Aiya!

Bintang : 5 bintang!

(Ada aku kesah! Aku bagi macam tu kat goodreads tau, ikhlas!)

P/S ~ Kalau nak baca novel MENTAL ni, bukalah minda tu luas-luas ya, jangan anggap sesuatu benda tak baik je, baca dulu baru buat penilaian. Okey! Takde masa nak tarbiah orang. Aku suggest, kau orang dapatkanlah novel ni. Ini baru FIXI!

Review Novel : Cinta Itu Milikku - Dayana Darwisy (Kaki Novel)



  
Tajuk Buku : Cinta Itu Milikku

Tulisan : Dayana Darwisy

Terbitan : Kaki Novel

Jumlah Mukasurat : 688 ms

Harga : RM 22.00 (Semenanjung)

RM 25.00 (Sabah/Sarawak)

*Daftar sebagai ahli KN, dapat diskaun RM 4 & penghantaran percuma.


Sinopsis Novel CINTA ITU MILIKKU:-
Perkahwinan mereka diatur oleh keluarga tanpa pengetahuan Athirah dan Mikhail. Sebagai anak yang mengenang jasa orang tua, Athirah menerima pernikahan itu dengan reda tetapi tidak bagi Mikhail. Perempuan yang telah sah menjadi isterinya itu hanya beban buat dirinya.

Athirah memendam rasa sebaik sahaja menyandang gelaran isteri. Maruahnya bagai dipijak-pijak apabila sang suami berlalu begitu sahaja selepas upacara akad nikah. Walau apa pun perbuatan Mikhail terhadap dirinya, Athirah tetap sedar akan kedudukannya sebagai seorang isteri. Maruahnya sebagai isteri tetap dijaga dengan rapi.

Tanpa diduga mereka telah dipertemukan...Malangnya Athirah tidak kenal siapa Mikhail bagi dirinya dan begitulah juga dengan Mikhail. Pertemuan demi pertemuan yang berlaku sepanjang minggu orientasi hanya melahirkan bibit-bibit pertengkaran dan bermasam muka. Pantang bertemu mata, ada sahaja yang tidak kena antara mereka. Athirah benci dengan sikap Mikhail yang suka membuli manakala Mikhail geram dengan sikap Athirah yang sering tidak mendengar kata.

Rahsia siapa Mikhail bagi diri Athirah terbongkar tanpa disengajakan. Setelah tahu Mikhail itu adalah suaminya, Athirah melancarkan beberapa strategi untuk menambat hati suaminya. Apabila kasih sayang dan cinta Mikhail ternyata miliknya, cinta mereka diuji dan diuji hingga Athirah rasakan hidup bersama Mikhail sudah tidak ada ertinya lagi. Lalu dia mengambil keputusan untuk berlalu pergi.


REVIEW AKU;
Alhamdulillah, selesai juga pembacaan novel ini. Tahniah buat umi Dayana Darwisy yang menghasilkan sebuah novel sebaik Cinta Itu Milikku. Suka sangat dengan novel ini seolah-olah tidak percaya, ini adalah novel pertama penulis. Cinta Itu Milikku cukup asam garamnya. 

Saya sangat suka perjalanan ceritanya, ia sebenarnya lari dari tema kahwin paksa yang tipikal dan itulah yang menyebabkan saya mendapatkan novel ini. Nyata, setelah mula membaca10 bab pertama saja sudah cukup mencuit hati untuk meneruskan pembacaan. Ada-ada saja kata-kata Athirah dan Mikhail yang melucukan dan membuatkan pembaca terbuai dengan gelagat mereka.

Selain itu dalam keluarga Athirah pula terjalin satu hubungan kekeluargaan yang mesra antara Athirah & abang-abang susuannya. Satu perspektif yang jarang penulis ketengahkan, dan kerana abang-abang susuannya inilah juga antara penyebab yang membuatkan Mikhail banyak kali salah sangka kepada Athirah. Apatah lagi, hubungan Athirah dan abang-abangnya itu sangat erat.

 Bagi pendapat saya, Bab 59 merupakan turning point bagi novel ini. Perkataan BINGKISAN CINTA merupakan kuasa kepada novel ini. Setelah lama Athirah dan Mikhail tidak bersama, saya rasa bagai mahu menangis membaca dialog-dialog semasa Mikhail cedera ditikam peragut, terutamanya dialog di bawah..
"Se.. sekiranya berlaku a... apa-apa ke atas abang, sayang jaga diri baik-baik." Mata Mikhail perlahan-lahan terpejam.

Pembacaan di 10 bab terakhir juga sangat mendebarkan kerana banyak perkara yang berlaku. Penulis bijak menyuntik elemen-elemen saspen hingga terkadang pembaca menyangka ada perkara lain yang bakal berlaku terutamanya semasa menjengah bab terakhir. Tahniah penulis!

 KESELURUHANNYA...
Apa yang ingin disampaikan dalam novel ini adalah; sikap saling mempercayai pasangan kita itu adalah penting untuk sesuatu hubungan, selain itu apa yang dilihat tidak semestinya benar. Sesungguhnya, manusia yang jahat itu boleh berubah, janganlah sekali-kali kita menghukumnya hanya kerana SATU kejahatan yang dia buat, kita kena lihat walau SETITIS kebaikan yang pernah dia lakukan. Nilai kekeluargaan itu adalah asas kepada pembentukan peribadi seseorang.

Tahniah Umi DD, sebuah cerita yang sangat menarik dan sarat dengan pengajaran yang nampak biasa tapi berguna. Tak puas membacanya, rasa macam nak baca lagi! Tahniah! Tahniah! Tahniah! ^____^

Perkataan saya suka dalam novel ni;
Oh! Dia sendiri tidak faham dengan hatinya sendiri akhir-akhir ini. 'Pergaduhan' mereka  begitu membahagiakan hatinya. Gila!

Bintang : 4.5 bintang



p/s ~ bila terbaca Felda yang mereka pergi kat Johor tu, teringat pula keluarga angkat di Felda Ayer Itam Johor, apalah khabar mereka sekarang.. moga semuanya baik-baik saja. ^_^