Followers Tersayang

Jumaat, 18 Januari 2013

Review Novel : Cinta Itu Milikku - Dayana Darwisy (Kaki Novel)



  
Tajuk Buku : Cinta Itu Milikku

Tulisan : Dayana Darwisy

Terbitan : Kaki Novel

Jumlah Mukasurat : 688 ms

Harga : RM 22.00 (Semenanjung)

RM 25.00 (Sabah/Sarawak)

*Daftar sebagai ahli KN, dapat diskaun RM 4 & penghantaran percuma.


Sinopsis Novel CINTA ITU MILIKKU:-
Perkahwinan mereka diatur oleh keluarga tanpa pengetahuan Athirah dan Mikhail. Sebagai anak yang mengenang jasa orang tua, Athirah menerima pernikahan itu dengan reda tetapi tidak bagi Mikhail. Perempuan yang telah sah menjadi isterinya itu hanya beban buat dirinya.

Athirah memendam rasa sebaik sahaja menyandang gelaran isteri. Maruahnya bagai dipijak-pijak apabila sang suami berlalu begitu sahaja selepas upacara akad nikah. Walau apa pun perbuatan Mikhail terhadap dirinya, Athirah tetap sedar akan kedudukannya sebagai seorang isteri. Maruahnya sebagai isteri tetap dijaga dengan rapi.

Tanpa diduga mereka telah dipertemukan...Malangnya Athirah tidak kenal siapa Mikhail bagi dirinya dan begitulah juga dengan Mikhail. Pertemuan demi pertemuan yang berlaku sepanjang minggu orientasi hanya melahirkan bibit-bibit pertengkaran dan bermasam muka. Pantang bertemu mata, ada sahaja yang tidak kena antara mereka. Athirah benci dengan sikap Mikhail yang suka membuli manakala Mikhail geram dengan sikap Athirah yang sering tidak mendengar kata.

Rahsia siapa Mikhail bagi diri Athirah terbongkar tanpa disengajakan. Setelah tahu Mikhail itu adalah suaminya, Athirah melancarkan beberapa strategi untuk menambat hati suaminya. Apabila kasih sayang dan cinta Mikhail ternyata miliknya, cinta mereka diuji dan diuji hingga Athirah rasakan hidup bersama Mikhail sudah tidak ada ertinya lagi. Lalu dia mengambil keputusan untuk berlalu pergi.


REVIEW AKU;
Alhamdulillah, selesai juga pembacaan novel ini. Tahniah buat umi Dayana Darwisy yang menghasilkan sebuah novel sebaik Cinta Itu Milikku. Suka sangat dengan novel ini seolah-olah tidak percaya, ini adalah novel pertama penulis. Cinta Itu Milikku cukup asam garamnya. 

Saya sangat suka perjalanan ceritanya, ia sebenarnya lari dari tema kahwin paksa yang tipikal dan itulah yang menyebabkan saya mendapatkan novel ini. Nyata, setelah mula membaca10 bab pertama saja sudah cukup mencuit hati untuk meneruskan pembacaan. Ada-ada saja kata-kata Athirah dan Mikhail yang melucukan dan membuatkan pembaca terbuai dengan gelagat mereka.

Selain itu dalam keluarga Athirah pula terjalin satu hubungan kekeluargaan yang mesra antara Athirah & abang-abang susuannya. Satu perspektif yang jarang penulis ketengahkan, dan kerana abang-abang susuannya inilah juga antara penyebab yang membuatkan Mikhail banyak kali salah sangka kepada Athirah. Apatah lagi, hubungan Athirah dan abang-abangnya itu sangat erat.

 Bagi pendapat saya, Bab 59 merupakan turning point bagi novel ini. Perkataan BINGKISAN CINTA merupakan kuasa kepada novel ini. Setelah lama Athirah dan Mikhail tidak bersama, saya rasa bagai mahu menangis membaca dialog-dialog semasa Mikhail cedera ditikam peragut, terutamanya dialog di bawah..
"Se.. sekiranya berlaku a... apa-apa ke atas abang, sayang jaga diri baik-baik." Mata Mikhail perlahan-lahan terpejam.

Pembacaan di 10 bab terakhir juga sangat mendebarkan kerana banyak perkara yang berlaku. Penulis bijak menyuntik elemen-elemen saspen hingga terkadang pembaca menyangka ada perkara lain yang bakal berlaku terutamanya semasa menjengah bab terakhir. Tahniah penulis!

 KESELURUHANNYA...
Apa yang ingin disampaikan dalam novel ini adalah; sikap saling mempercayai pasangan kita itu adalah penting untuk sesuatu hubungan, selain itu apa yang dilihat tidak semestinya benar. Sesungguhnya, manusia yang jahat itu boleh berubah, janganlah sekali-kali kita menghukumnya hanya kerana SATU kejahatan yang dia buat, kita kena lihat walau SETITIS kebaikan yang pernah dia lakukan. Nilai kekeluargaan itu adalah asas kepada pembentukan peribadi seseorang.

Tahniah Umi DD, sebuah cerita yang sangat menarik dan sarat dengan pengajaran yang nampak biasa tapi berguna. Tak puas membacanya, rasa macam nak baca lagi! Tahniah! Tahniah! Tahniah! ^____^

Perkataan saya suka dalam novel ni;
Oh! Dia sendiri tidak faham dengan hatinya sendiri akhir-akhir ini. 'Pergaduhan' mereka  begitu membahagiakan hatinya. Gila!

Bintang : 4.5 bintang



p/s ~ bila terbaca Felda yang mereka pergi kat Johor tu, teringat pula keluarga angkat di Felda Ayer Itam Johor, apalah khabar mereka sekarang.. moga semuanya baik-baik saja. ^_^

Tiada ulasan: