Followers Tersayang

Jumaat, 11 Mac 2016

Cerita 2015 Seorang Ayim ^_^

ALHAMDULILLAH

Cerita 1. Setelah lama tidak berblogger. Muncul balik sebab baru ingat password bagai. UiTM di bawah Fakulti Filem Teater & Animasi (FITA) telah menganugerahkan saya ANUGERAH PENULIS PROLIFIK sempena FITA DAY yang berlangsung di Dewan Agung Tunku Canselor (DATC) UiTM. Antara anugerah tertinggi di dalam kerjaya saya sebagai penulis adalah yang satu ini. Semoga saya akan rajin-rajin menulis lagi. Fokus saya adalah novel walaupun di universiti saya belajar semua jenis penulisan termasuk skrip, dokumentari, filem, iklan dan sebagainya. Bagi saya, fokus tu penting. Marilah sama-sama memajukan diri sendiri. Yeayy!


ALHAMDULILLAH yang kedua. Apabila novel PATUNG tulisan saya terbitan Buku FIXI antara 15 judul paling terlaris di kedai MPH BOOKSTORE bagi tahun 2015. Berganding dengan nama-nama besar seperti Ramlee Awang Murshid dan Acik Lana sangat membanggakan. Tak sangka novel seram saya dapat sambutan yang sangat baik. Sebenarnya novel seram pertama saya berjudul ASRAMA terbitan Buku FIXI juga pernah mendapat 20 judul paling terlaris MPH BOOKSTORE bagi tahun 2013. Terima Kasih semua.


After all, itulah cerita 2015 saya yang diceritakan pada MAC 2016. Sekadar mengisi blog bersawang-sawang ni. ^_^


Love, AYIM.